Leaderboard

18 Julai 2017

Rabies / Penyakit Anjing Gila

# petikan daripada From the Desk of the Director-General of Health Malaysia


Kenyataan Akhbar KPK 18 Julai 2017 -Situasi Terkini Kes Rabies di Sarawak dan Hasil Kajian Virologi oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)

 on 
Pada 1 Julai 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa terdapat kes rabies dari Daerah Serian Sarawak yang disahkan melalui ujian makmal pada 30 Jun 2017. Tiada kes rabies baru dilaporkan. Jumlah kes rabies sehingga 18 Julai 2017 adalah empat (4) di mana kesemuanya telah meninggal dunia.
KKM ingin memaklumkan bahawa Unit Virologi di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan penjujukan DNA virus rabies yang diasingkan daripada kes rabies di Serian, Sarawak. Hasil menunjukkan bahawa virus tersebut mempunyai persamaan paling tinggi dengan jujukan genom strain virus rabies yang berasal dari Kalimantan dan Sulawesi. Ini menunjukkan kaitan epidimiologi yang rapat bagi kes jangkitan rabies di Serian dan kes di Kalimantan.
Active Case Detection (ACD) bagi mengesan kes gigitan anjing telah dilaksanakan di kawasan kejadian wabak rabies di Daerah Serian oleh Pejabat Kesihatan Serian bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak. Aktiviti ini dilaksanakan di 136 penempatan, 9,830 rumah dan 37,285 orang telah ditemuduga bagi sejarah gigitan anjing. Sebanyak 368 kes gigitan haiwan telah dikesan di kawasan wabak Daerah Serian dan telah diberikan rawatan. Aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan rabies juga telah diberi kepada penduduk di kawasan berkenaan.
19983438_10154541842811237_7532608910120239056_o
KKM ingin menasihati orang awam yang tinggal di Daerah Serian agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit rabies:
  1. Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gigitan anjing atau kucing (anjing/kucing peliharaan atau liar);
  2. Pastikan anjing atau kucing peliharaan telah mendapat suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak dengan anjing atau kucing liar;
  3. Jika anjing atau kucing peliharaan didapati tidak sihat atau berkelakuan agresif dapatkan rawatan segera di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar berdekatan;
  4. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing atau kucing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal; dan
  5. Sentiasa kekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing/kucing peliharaan atau liar.
KKM akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta agensi-agensi lain yang berkaitan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus rabies di Malaysia dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

1 ulasan:

Terima Kasih Terhadap Ulasan dan Pandangan Anda....
Doakan Aleeya Dapat Adik Ye.......

Large Scraper

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...