Leaderboard

26 Jun 2017

Syawal 2017

Assalamualaikum semua...
Salam syawal
Tahun ni beraya berdua
Ayah sara mencari rezeki
Kalo ikutkan mungkin dapat beraya
Tapi memandangkan
Bulan 3 lalu die terpaksa pulang
Panggilan kecemasan
Makanya jadualnya
Telah berubah
Ape pun live must go on


Tambah susun atur perabot kat rumah.... sebenarnya banyak yang aku da ubah... alhamdulillah... rezeki aku.... ade husband tersayang tolong deco rumah sebelum die pergi kerja.... terima kasih abang... tahun ni ayang tak ade la penat sangat walaupun abang keje...
kalo abang cuti... lagi senang ayang... hehehehe


tq sayang
Kat rumah pak mertua.... tengah hari sikit aku gi uma sana.... sebabnya nak pergi beraya rumah sesedara belah aku.... lagi pun ade geng... adik dengan abang ai ade.... tak ade la ai beraya 2 beranak saje.... habis anak buah aku angkut gi uma FIL.... jumpa sesedara sebaya belah sana... riuh sekejap... hehehe... than terpaksa balik dengan tak tercapai misi nak jumpa FIL sebab da keluar beraya... si anak buah yang ai angkut kakinya berdarah pulak.... terpaksalah berundur dulu....


19 Jun 2017

Hari Ke 4

Masuk hari ni
Sudah masuk hari ke 4
gigi telah dicabut
kawasan cabutan masih sakit lagi
makan pun perlahan lahan
takut juga
makanan terselit ke
ade jangkitan pulak
masih belum sembuh sepenuhnya

dulu masa umur awal 20 an
cabut gigi
pengalaman tu pun
dah dilupakan
dah tak ingat
berapa lama sakit ni
tapi dulu siap tulang gusi kene potong
perrggghh... takut dengar kan
aku pun takut
sekarang ni cabut je
huhuhu....

nanti i update lg ye

daaaaaaaaaaaaaaaa

15 Jun 2017

Graham Bongsu

Al kisahnya pagi ni
pergi ke klinik pergigian Alor Gajah
Pasal gusi bawah belakang da sakit
da terbelah da... huhuhhu
sebab gigi graham bongsu atas 
telah memotong gusi bawah
gigi graham bongsu bawah dah lama buang
sebab tumbuh senget
dan memerangkap makanan
akibatnya mulut bau busuk
tu yang aku ambil keputusan nak buang gigi tu
berbelas tahun yang lalu
1st gigi graham bongsu yang tumbuh 
Hasil carian imej untuk gigi graham bongsu
untuk pengetahuan korang semua gigi graham bongsu bawah belah kanan yang aku buang dulu tumbuh secara DISTOANGULAR yang menyebabkan pemeragkapan sisa makan dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan gigi bersebelahan akan rosak
untuk gigi graham bongsu bawah belah kiri pulak tumbuh  secara MESIOANGULAR... Dua tahun lepas kot sakit sebab ade infeksi than doktor nasihatkan buang tapi kene ke Hospital Besar sebab melibatkan pembedahan kecil

sebenarnya da lama da sakit
ditahan kan aje....
dalam seminggu ni sakit semakin kuat
mungkin die da membengkak kot
ada efeksi...
nak ikutkan minggu lepas da jejak ke sini
tapi memandangkan berpuasa
sayang pulak
memandangkan hari ni pun da mula cuti pose
so memang ditunggu-tunggu
tapi tadi doktor tu cakap tidak membatalkan puasa
tapi kalau bius hilang nak kene telan ubat jugakkan
hahaha.....

aku sampai  area parking
dipermudahkan ade satu kotak parking yang kosong
comel je 
memang sesuai untuk myviva aku ni
parking panjat tangga
masuk terus letak kad pengenalan
masa tu adalah dalam 5 ke 6 orang
nurse tanya da pernah datang tak
memang pernah datang
sebelum ni graham bongsu jugak
tapi belah kiri
untuk hari ni belah kanan
kat klinik tu dalam pukul 9.15 pagi
than ambil tekanan darah
1st ambil tekanan tinggi skit
2nd alhamdulillah ok


duduk dalam 5 minit no da naik
masuk je tengok ade 2 orang doktor
sorang mungkin doktor senior melayu
sorang lagi doktor baru cina... tapi cekap juga
than doktor tanya sebelum ni ade refer dengan pakar  di GH
ade tapi saya tak buat
sebab ape doktor tu tanya
aku cakap la... bila da xray
doktor cakap akar gigi dekat dengan salur darah
tu yang tak berani tu

than doktor cek...
ape yang ditawarkan 
buang gigi grahan atas tu
sebab gigi hujung tidak berapa efisyen penggunaannya
dan ia memberi impak pada gusi bawah
ade pun ok tak ada pun tak apa
dalam kes aku ni
memang patut buang  sebab
gusi bawah da terluka
doktor menasikatkan buang 
memandangkan next week raya
ade masa untuk recover
than aku pun bersetuju

than doktor bius
errmmm.. nak ikutkan tak sakit kot
banyak kali die cucuk
ye la gigi graham kan
tapi apa yang ingin ditegaskan disini
perkhimatan yang bagus
dan cepat ... sebab tak ramai orang tadi
hehehe.. rezeki aku
lepas bius terus kumur
than doktor suruh tunggu di luar
dalam 5 minit doktor panggil semula
aku tak faham pun ape yang doktor tu buat
sebab dalam kepala aku ni pikir
macam mana nak cabut gigi yang tak goyang
tak sampai 5 minit da tercabut
alhamdulillah....

Dapat 4 biji paracetamol dengan kain kasa

03 Jun 2017

kuih raya pertama

semalam punya cerita
tak rancang pun nak buat
tapi cuba search inernet
resepi barasaskan kulit popiah
sebab hari rabu lalu
aku ade beli kulit popiah
and ade beberapa barang lain 
untuk membuat kuih raya

Gigih tau beli barang untuk buat kuih
dengan harapan tahun ni
aku berjaya membuat kuih raya
tanpa membelinya
hahaha... tapi hakikatnya
aku telah terorder 1 balang kuih
itu pun sebab member jual
hahaha...

so.. pada hari kejadian
sampai je rumah
dalam pukul 5 petang
mesti korang pikir awal aku sampai rumah
memang awal sebab aku ambil waktu anjal
WP4 iaitu masuk pukul 7.30
balik pukul 4.00 petang
rehat setengah jam
bersyukur sangat sebab
dapat balik awal
dapat la masak untuk juadah puasa
hehehe

lepas je sampai rumah
Duduk kejap lepas tu
Pergi kat tempat menjahit
Than menjahit baju tempahan femly je
Hahaha.... malas nak ambil tempahan
Kalo ambil pun sebab kesian
Malas nak ambil tempahan jugak
Sebab tak suka bila diorang tanya
Sebab sebelum tu cakap bila2 la siap
Than.... da da da....

Dalam pukul 6 gitu 
Aku da masuk dapur
Masak mee... simple
Lepas siap siap semua
Ade masa ambil kulit popiah
Menggulung lah aku... sekejap je
Dalam half and hour da setel semua
Simpan dalam peti sejuk
Untuk menunggu berbuka

Habis berbuka
Duduk sejenak
Lepas tu baru baru mesin kacang tanah
Petang tu da siap2 goreng
Hasil pertolongan si sarah

Kat bawah ni 
Resepinya cari kat Google je 

Resepi POPIA KACANG
Bahan-Bahan :
20 helai kulit popia aku buat 50 helai
50 gm kacang tanah ~ sangai, buang kulit & blend halus
60 gm gula aising
1/4 sudu teh garam
1 kuning telur  (saya guna keseluruhan telur)
Minyak untuk menggoreng

Caranya :
Ambil sehelai kulit popia dan gulung dengan kemas. 'Gam' menggunakan putih telur. 
Potong gulungan kulit popia secara serong. Ulang proses sehingga kulit popia habis. Ketepikan.
Dalam sebuah bekas, satukan kisaran kacang tanah, garam dan gula aising. Gaul rata. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng kulit popia yang telah dipotong tadi hingga kekuningan.
Angkat dan toskan. Lumurkan gorengan kulit popia ke dalam kacang tanah. Ulang proses hingga semua kulit popia disaluti.
Sedia untuk dinikmati.


Info RASA :
Lumurkan kulit popia sementara ia masih panas supaya kisaran kacang tanah mudah melekat padanya.
Yg ni telah digaul dengan kacang dan gula aising


Masa menggoreng

Proses memotong
  




Pembantu dan peneman setia

01 Jun 2017

Marriage Contract

Marriage Contract

Mengisahkan:
Kang Hye Soo (UEE) adalah seorang ibu tunggal selepas suaminya meninggal dunia dalam sebuah kemalangan. Kang Hye Soo terpaksa membesarkan anak perempuannya berseorangan (Shin Rin Ah).  Hye Soo  terlibat dalam sebuah kemalangan kecil yang menyebabkan die dimasukkan ke hospital.  Semasa kemalangan tersebut juga Hye Soo bertemu dengan Han Ji Hoon (Lee Seo Jin) seorang pemuda kaya.  Beberapa ketika selepas kemalangan tersebut, Hye Soo mendapat perkhabaran bahawa die mempunyai ketumbuhan dalam otaknya (brain tumor). Akibat desakan hidup, dikejar dengan lintah darat akibat hutang yang ditinggalkan oleh mendiang suaminya dan juga kesihatannya Hye Soo bersetuju dengan perkahwinan kontrak dengan syarat Hye Soo perlu mendermakan sedikit hatinya untuk ibu kepada Ji Hoon yang sedang sakit dan memerlukan penderma hati.  Ini adalah menjamin masa depan anaknya.
_________________________________________________________________________

Sepanjang tengok cerita ni sedihnya... Uee berlakon dengan penuh emosi.  Ye la kan tengok drama sesedih ni.  Kadang2 emosi kita terbuai sekali dengan turut menitiskan air mata. Bagaimana rasa sakitnya menahan rindu, marah, kesedihan, kesakitan... Menahan rindu, menanggung kesakitan berseorangan.  
Arrgghh... betul terbuai dengan kesedihan cerita ni. 
tapi panjang jugak la cerita ni 16 episod.
setiap episod lebih kurang  1 jam.
Biasa tengok cerita drama gembira.  Kali ni tengok drama sedih pulak.
Selalu kne gelak dengan en suami sebab menangis tengok cerita korea.
Bukan setakat cerita korea... cartoon pun...
hahaha

# i miss my husband
💕

Large Scraper

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...