Leaderboard

26 Januari 2015

kenapa berat badan susah turun dan punca


Setiap manusia tadak lari dari keinginan pada benda atau perkara yang cantik.  
Kalau lelaki nak teman wanita atau isteri yang cantik, puteh... ku putih, kuputih ... baru lah putih... (iklan jap)
Kalau perempuan banyak nafsunya... mesti semua benda nak cantik
Baju nak cantik, barang-barang perabot, meja... semua lah.... yang penting cantik
betul tak.... aku pun sama jugak...

Oleh itu, memiliki badn yang ideal, cantik, macam model menjadi impian dan dambaan setiap wanita.
Walaubagaimana pun ada yang redha pada apa yang ade... ye tak...
lantak la korang ... janji aku sihat sudah... aku gemok je , kurus ke...
terima la aku seadaanya...

Tapi mana yang tak berpuasa hati dengan keadaan berat badan dan potongan bentuk tubuh.
Mereka terpaksa lah mengamalkan diet... kalo berat bertambah 4 ke 6 kg...
aku rasa diet biasa biasa dalam sebulan dua da ok da
tapi bagi mereka yang memerlukan penurunan berat badan yang banyak... extreme la kiranya...
mereka perlu mengamalkan diet yang ketat disamping bersenam
bagi kita kaum wanita apabila kita mendapat berat badan dan bentuk ideal, ia lebih meningkatkan lagi keyakinan diriapabila berhadapan dengan orang ramai.

Dek kerana keghairahan mereka itu, juga menimbulkan pelbagai keluhan malah ada sudah berputus asa kerana apa yang diusahakan selama ini tidak membuahkan hasil

stress gambar

Sebenarnya punca berat badan naik dan susah turun adalah disebabkan kesilapan diri sendiri yang dilakukan dalam keadaan tidak sedar antaranya seperti berikut:

PENGAMBILAN AIR SODA
Soda memang sinonim dengan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula. 
Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tersebut tidak menjadikan perut anda kenyang
Jadi walaupun anda mengambil soda, keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. 
Jika anda mengambil 2-3 gelas soda sehari, mungkin berat badan anda bertambah hingga 30% dari biasa.
(insyaAllah aku memang kurang / jarang ambil ni)

kurang tidur punca berat badan naik

KURANG TIDUR
Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda makan
(tu la... kurang tidur jarang la... hikhihkik... lebih tidur ade kot)

TIDAK BERSARAPAN
Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti
Dengan membiarkan perut kosong pada waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tengahari
(yang ni memang selalu la... tapi kat rumah tak sempat... kalo kat offfice buat air milo dan biskut lemak da ok da)

MAKAN TERLALU CEPAT
Kunyang makanan perlahan-lahan. Ini tidak, kalau makan berkenaan terlalu sedap, kita kunyah bukan main cepat lagi, adakala itu tak sempat kunyah sudah telan terus
Jika anda kunyah makanan anda perlahan-lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20minit diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang
(kene kurangkan kelajuan mengunyah la kiranya... kalau ikut sunah nabi kene kunyah sebanyak 25 kali baru bole telan)

KURANG MINUM AIR PUTIH
Dalam kajian, seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum
(sedang berusaha untuk minum lebih kurang 2 liter sehari..... kalo hari bekerja bole... kalo kat umah da pasrah da tinggal jugak.... tapi akan cuba berusaha untuk memperbaiki)

BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG SAMA BERAT BADAN
Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesiti
Itu tidak bermaksud anda tidak boleh berkawan dengan mereka yang berbadan besar. Tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi
Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah kawan pergi bersenam dan amalkan pola pemakanan sihat
(dulu masa zaman jahiliyah... hahaha .. zaman aku mengumpul lemak... aku berkawan dengan kawan yang suka makan tau.. kejap kejap keluar makan... pagi makan tengah hari makan... petang makan... kang malam makan lagi kat rumah.... jadi berat badan dan saiz badan pun semakin membesar... ditambah dengan selera makan macam dainesor....
tapi itu dulu... sekarang dan pandai dah... banyak mana nak makan... kalau terlebih makan nak kene buat ape... kurang kan ape....)

MAKAN KETIKA TERTEKAN/ STRESS
Ketika stress, ada diantara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu hilang stres. Jadi ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika stres, alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik

KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
Dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi? Jadi gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal
(setuju.... tapi kene kuat semangat)

MAKAN DENGAN POTONGAN YANG BESAR
Seseorang yang makan dengan potongan yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan
(nak ikut kan nasi 1/4 daripada pinggan, sayur ikan dengan buah...)

MALAS BERSENAM
Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan , tetapi mungkin tidak dapat mengecilkan bahagian pinggang anda yang berlemak tanpa senaman
Kesimpulannya badan akan lebih cepat berisi apabila anda malas bersenam
(sekarang pun malas... tapi kalo ade masa bersenam juga... tapi joging dengan anak kat belakang rumah)

MAKAN LEWAT MALAM
Mengikut kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam itu menggila, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang rendah
Seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan ke ataupun roti oatmeal
(jangan makan bila wak tu da pukul 11 ke 12 malam... memang mengumpul lemak kan... esoknya bangun mesti muka sembab je kan.... kalo nak makan bole tapi jangan tidur tapi eksesais boleh... hahah memang tak la... tidur jugak...)


3 ulasan:

  1. tang tido tu cam konpius sket. sbb leez seorg pengtido yg agak hebak! tido bnyk, mkn pun bnyk jugak. hadoiiyaiinyepon..!

    BalasPadam
  2. kena buat dan istiqamah
    cer gantung seluar yg plg sayang zmn sblm berat badan naik.pasti jdi motivasi utk berusaha

    BalasPadam
  3. OKje mmg makan cepat AA.... cepat sikit habisnya haha...
    Tulah pasal kan....teringin nak kurus tapi, makan banyak jugak so macamana?

    BalasPadam

Terima Kasih Terhadap Ulasan dan Pandangan Anda....
Doakan Aleeya Dapat Adik Ye.......

Large Scraper

Dengarkan lagi lagu hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...