Leaderboard

12 Disember 2017

Cerclage Serviks

Assalamualaikum kawan kawan
Pagi ni aku nak cerita pasal tajuk kat atas ni
Pasti ade yang tahu..
Ada yang tak tahu...
Ada yang pernah lalui...
Ada yang tengah lalui.... mcm i
Hope ia dapat membantu korang
Untuk menambah ilmu pengetahuan

This artikle aku copy je
Aku bukan la pengarang yang handal
Mengolah ayat cantik


Cerclage Serviks
Cerclage serviks adalah prosedur pembedahan yang dilakukan ke atas wanita mengandung untuk menjahit sekeliling serviks supaya serviks tidak akan terbuka sehingga bayi benar-benar bersedia untuk dihahirkan. Ia dilakukan untuk menghalang serviks terbuka sebelum kandungan berusia 37 minggu dan untuk menghalang kelahiran pra matang. Peratus kejayaan adalah 90%.l

 Masa terbaik untuk melakukan cerclage adalah sewaktu kandungan berusia 12 hingga 14 minggu. Walaubagaimanapun, sesetengan wanita mungkin memerlukannya secara kecemasan dimana cerclage dimasukkan sebelum kandungan mencecah 24 minggu. Prosedur ini jarang dilakukan selepas kandungan berusia 24 minggu.
  
  Siapa memerlukan cerclage?

Cerclage dilakukan untuk menghalang keguguran atau kelahiran pramatang terutamanya bagi wanita yang mengalami masalah serviks tidak kompeten dimana serviks tidak mempunyai kekuatan atau sokongan dalaman untuk memastikan serviks sentiasa tertutup. Masalah ini akan bayi terkeluar sendiri sebelum proses bersalin bermula. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda berikut, anda dinasihatkan untuk melakukan cerclage.
1.
Serviks memendek atau terbuka terlalu awal yang akan menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
2.
Bentuk uterus yang tidak sempurna atau rosak akibat trauma atau kecederaan terdahulu.
3.
Keguguran pada penggal ketiga kandungan.

 Apa yang berlaku semasa prosedur?

1.
Sebelum prosedur, doktor akan melakukan beberapa siri imbasan transvagina untuk mengukur bukaan serviks anda.
2.
Anda dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan, menyembur air atau memakai sebarang krim vagina 24 jam sebelum prosedur.
3.
Berpuasa 6 jam sebelum prosedur dijalankan.
4.
Sebelum prosedur bermula, anda akan diberi sama ada bius setempat atau bius keseluruhan.
5.
Doktor akan menggunakan spekulum untuk membuka bukaan vagina.
6.
Jahitan dilakukan di sekeliling serviks untuk membolehkan bukaan serviks tertutup rapat. (lihat video dibawah) 

 Apa yang berlaku selepas prosedur?

1.
Anda perlu berehat di wad beberapa jam untuk membolehkan doktor memantau tanda-tanda kelahiran pramatang.
2.
Anda akan diberi ubat untuk menghalang jangkitan dan kelahiran pramatang.
3.
Anda akan mengalami sedikit pendarahan  dan kekejangan sejurus selepas prosedur. Biasanya, ia akan hilang selepas beberapa hari.
4.
Anda dinasihatkan supaya berehat dan mengelakkan aktiviti fizikal yang lasak beberapa hari selepas prosedur.
5.
Jangan melakukan persetubuhan selepas prosedur.
6.
Jahitan biasanya akan dikeluarkan pada minggu ke 37 kandungan. Proses mengeluarkan jahitan adalah sama seperti pap smear, tidak memerlukan bius. Anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan.
7.
Kelahiran akan berlaku sejurus selepas itu.

Tanda berjaga-jaga

Sekiranya anda mengalami gejala dibawah, sila dapatkan nasihat doktor secepat mungkin.  Tanda-tanda ini menunjukkan cerclage tidak berhasil dan bayi perlu dilahirkan lebih awal.
1.
Sakit dibahagian perut yang datang dan pergi.
2.Pendarahan vagina yang kehitaman, kemerahan ataupun berketul.
3.
Demam.
4.Loya atau muntah.
5.Air ketuban pecah.
 Apakah risiko menjalani cerclage?

Cerclage serviks boleh dikaitkan dengan masalah berikut yang mungkin memerlukan bayi dilahirkan lebih awal.
1.
Jangkitan sibahagian dalam serviks dan air ketuban.
2.
Stenosis serviks. (servix menjadi sempit atau tertutup selamanya)
3.
Kecederaan serviks yang diakibatkan oleh tekanan fetus yang menolak cerclage. Ini akan menyebabkan serviks tercedera dan cerclage terputus.
4.
Air ketuban pecah sebelum sampai waktunya dan diikuti oleh jangkitan.
Kelahiran pramatang. Cerclage serviks boleh meransang proses kelahiran.

04 Disember 2017

Contraction @ mengeras

Kenapa Perut Sering Mengeras Semasa Mengandung?????


Kadang kadang aku sendiri pun konfius
Ye la takut jadi macam dulu
Mengeras kerap sikit
Da gabra

Husband share artikle
Aku salin la balik
Untuk tatapan sendiri
Dan panduan korang
Kot la terbace entry aku ni
Kita sebar dan kongsi ilmu yang bermanfaat
Harap berguna pada korang ok
Baca tau....
Daaaa.....

Apabila kehamilan kita semakin sampai kepenghujungnya, kita akan mula perasan ketegangan pada perut kita. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick (pengecutan rahim) dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972. Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.

Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.  Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.

Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari. 

Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:

-Bayi bergerak dengan aktif
-Semasa senaman atau
-membawa barang berat
-Mengurut perut
-Semasa hubungan seks
-Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran.

Ini adalah perbezaannya:

-Kontraksi BH tidak menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya.

-BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.

-Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin.

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

-Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang.

-Rehat lebih lama.

-Minum air dan baring pada sebelah kiri badan

-Minum air secukupnya.

-Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH

-Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.

-Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan.

Tip minum air gula untuk ibu mengandung

Assalamualailkum korang semua
Hari ni nak share pasal tip ni
Harap dapat membantu korang semua









Halla terbalik.... no 4 dgn 5....
Maafkan saya
Saya hanya pakai hset je
Sekali je jadi
Kali ke 2 nak tukar da fail

01 Disember 2017

Rehat betapa

Hari ni genap 30 hari duk betapa kat sini...
Tak sangka jugak da sebulan da kat sini
Alhamdulillah...

Large Scraper

Dengarkan lagi lagu hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...