Leaderboard

01 Jun 2017

Marriage Contract

Marriage Contract

Mengisahkan:
Kang Hye Soo (UEE) adalah seorang ibu tunggal selepas suaminya meninggal dunia dalam sebuah kemalangan. Kang Hye Soo terpaksa membesarkan anak perempuannya berseorangan (Shin Rin Ah).  Hye Soo  terlibat dalam sebuah kemalangan kecil yang menyebabkan die dimasukkan ke hospital.  Semasa kemalangan tersebut juga Hye Soo bertemu dengan Han Ji Hoon (Lee Seo Jin) seorang pemuda kaya.  Beberapa ketika selepas kemalangan tersebut, Hye Soo mendapat perkhabaran bahawa die mempunyai ketumbuhan dalam otaknya (brain tumor). Akibat desakan hidup, dikejar dengan lintah darat akibat hutang yang ditinggalkan oleh mendiang suaminya dan juga kesihatannya Hye Soo bersetuju dengan perkahwinan kontrak dengan syarat Hye Soo perlu mendermakan sedikit hatinya untuk ibu kepada Ji Hoon yang sedang sakit dan memerlukan penderma hati.  Ini adalah menjamin masa depan anaknya.
_________________________________________________________________________

Sepanjang tengok cerita ni sedihnya... Uee berlakon dengan penuh emosi.  Ye la kan tengok drama sesedih ni.  Kadang2 emosi kita terbuai sekali dengan turut menitiskan air mata. Bagaimana rasa sakitnya menahan rindu, marah, kesedihan, kesakitan... Menahan rindu, menanggung kesakitan berseorangan.  
Arrgghh... betul terbuai dengan kesedihan cerita ni. 
tapi panjang jugak la cerita ni 16 episod.
setiap episod lebih kurang  1 jam.
Biasa tengok cerita drama gembira.  Kali ni tengok drama sedih pulak.
Selalu kne gelak dengan en suami sebab menangis tengok cerita korea.
Bukan setakat cerita korea... cartoon pun...
hahaha

# i miss my husband
💕

1 ulasan:

Terima Kasih Terhadap Ulasan dan Pandangan Anda....
Doakan Aleeya Dapat Adik Ye.......

Large Scraper

Dengarkan lagi lagu hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...