Leaderboard

03 Jun 2017

kuih raya pertama

semalam punya cerita
tak rancang pun nak buat
tapi cuba search inernet
resepi barasaskan kulit popiah
sebab hari rabu lalu
aku ade beli kulit popiah
and ade beberapa barang lain 
untuk membuat kuih raya

Gigih tau beli barang untuk buat kuih
dengan harapan tahun ni
aku berjaya membuat kuih raya
tanpa membelinya
hahaha... tapi hakikatnya
aku telah terorder 1 balang kuih
itu pun sebab member jual
hahaha...

so.. pada hari kejadian
sampai je rumah
dalam pukul 5 petang
mesti korang pikir awal aku sampai rumah
memang awal sebab aku ambil waktu anjal
WP4 iaitu masuk pukul 7.30
balik pukul 4.00 petang
rehat setengah jam
bersyukur sangat sebab
dapat balik awal
dapat la masak untuk juadah puasa
hehehe

lepas je sampai rumah
Duduk kejap lepas tu
Pergi kat tempat menjahit
Than menjahit baju tempahan femly je
Hahaha.... malas nak ambil tempahan
Kalo ambil pun sebab kesian
Malas nak ambil tempahan jugak
Sebab tak suka bila diorang tanya
Sebab sebelum tu cakap bila2 la siap
Than.... da da da....

Dalam pukul 6 gitu 
Aku da masuk dapur
Masak mee... simple
Lepas siap siap semua
Ade masa ambil kulit popiah
Menggulung lah aku... sekejap je
Dalam half and hour da setel semua
Simpan dalam peti sejuk
Untuk menunggu berbuka

Habis berbuka
Duduk sejenak
Lepas tu baru baru mesin kacang tanah
Petang tu da siap2 goreng
Hasil pertolongan si sarah

Kat bawah ni 
Resepinya cari kat Google je 

Resepi POPIA KACANG
Bahan-Bahan :
20 helai kulit popia aku buat 50 helai
50 gm kacang tanah ~ sangai, buang kulit & blend halus
60 gm gula aising
1/4 sudu teh garam
1 kuning telur  (saya guna keseluruhan telur)
Minyak untuk menggoreng

Caranya :
Ambil sehelai kulit popia dan gulung dengan kemas. 'Gam' menggunakan putih telur. 
Potong gulungan kulit popia secara serong. Ulang proses sehingga kulit popia habis. Ketepikan.
Dalam sebuah bekas, satukan kisaran kacang tanah, garam dan gula aising. Gaul rata. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng kulit popia yang telah dipotong tadi hingga kekuningan.
Angkat dan toskan. Lumurkan gorengan kulit popia ke dalam kacang tanah. Ulang proses hingga semua kulit popia disaluti.
Sedia untuk dinikmati.


Info RASA :
Lumurkan kulit popia sementara ia masih panas supaya kisaran kacang tanah mudah melekat padanya.
Yg ni telah digaul dengan kacang dan gula aising


Masa menggoreng

Proses memotong
  




Pembantu dan peneman setia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Terhadap Ulasan dan Pandangan Anda....
Doakan Aleeya Dapat Adik Ye.......

Large Scraper

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...