Leaderboard

18 Mei 2017

Pokok Kekabu

Pokok Kekabu 
merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan MexicoAmerika TengahCaribbean, utara Amerika Selatan, dan (sebagai C. pentandra jenis guineensis) barat Afrika serta Asia Tenggara. Nama botaninyaCeiba pentandra.

Pokok kekabu.
Pokok Kekabu tergolong dalam famili Bombacaceae. Ia memiliki daun yang jarang dan dahan mendatar bertingkat pada sudut mendatar. Pokok Kekabu malar hijau ini memiliki batang kelabu pucat berduri banyak ditanam dikalangan penduduk kampung Melayu.

Kegunaan

Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.

Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.
Tetapi generasi masa kini lebih selesa menggunakan bantal atau tilam kapas kerana mudah dibeli. Pada masa kini, kekabu tidak digunakan dalam industri kerana masaalah kekurangan bekalan Kekabu yang banyak dan murah dan berpanjangan. Ini kerana pokok Kekabu tidak ditanam di ladang-ladang besar yang mampu menjamin bekalan yang berterusan.

Pokok kekabu.
Walaubagaimana pun bahan kekabu telah diporpulakan semula dengan menambah baik hasil daipada kapas kekabu. Dengan menggunakan kain yang pelbagai corak dan bentuk yang dipelbagaikan mengikut kreativiti.

Buah Kekabu


Buah kekabu
Buah Kekabu memiliki kelongsong bujur yang menyerupai buah koko. Kelongsong berkayu itu tumbuh segugus seperti timun kecil (Corner 1988). Pada mulanya ia bewarna hijau dan kemudian bertukar perang dan kehitaman apabila matang. Apabila mencapai tempoh buah kekabu akan pecah kepada lima bahagian dari hujung ke pangkal dan membebaskan biji benihnya yang diselitupi dengan kekabu (Lotschert & Beese 1991).
Gentian lembut bersutra, putih kekuningan merupakan unjuran dari dinding dalam kelonsong berkayu yang turut menyelitupi biji benih dalamnya. Ini berbeza sama sekali dari pokok kapas di mana gentian itu terbentuk daripada penutup luar biji benih (Simpson & Ogorzaly 1988).
Gentian kekabu sepanjang antara 10-35mm, ianya terlalu halus dan licin untuk diputar menjadi benang. Ia juga gebu, kerana diselitupi lilin, menjadikannya bahan penebat yang sesuai. Kandungan fiber terdiri daripada 64 % selulos. Kekabu amat anjal dan sesuai untuk dijadikan bahan pengisi seperti kusyen, bantal, tilam, jaket keselamatan, dan tali pinggang keselamatan (Vaughan 1970).

Biji benih Kekabu

Biji benih kekabu adalah antara 25-28 % (wt/wt) bagi setiap buah kekabu. Biji benihnya bewarna perang gelap, dan terdapat 118 yang terbenam dalam gentian kekabu. Biji benih kekabu mengandungi kadar minyak mentah yang agak tinggi sekitar 22-25% daripada jumlah berat keseluruhan dan dilaporkan menyamai minyak biji benih kapas yang boleh dimakan. Dengan itu minyak biji benih kekabu boleh dijadikan minyak masak, sama seperti minyak biji benih kapas tetapi sehingga kini tidak diusahakan.

Produk daripada hasil daripada buah kekabu

Hasil carian imej untuk produk berasas kekabu

Hasil carian imej untuk produk berasas kekabu

Hasil carian imej untuk produk berasas kekabu

Hasil carian imej untuk produk berasas kekabu

Hasil carian imej untuk produk berasas kekabu

* cerita pasal kekabu sebab tadi kluar pergi bukit payung ikut kawan ade kerja sikit
gotong royong tengah berlangsung
nampak pokok kekabu
banyak sungguh buah nya
seronoknya buat bantal

ni dia pokoknya

banyakkan buah die yang dah terkopek kulitnya



1 ulasan:

Terima Kasih Terhadap Ulasan dan Pandangan Anda....
Doakan Aleeya Dapat Adik Ye.......

Large Scraper

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...