Leaderboard

17 Mei 2017

diabetes ketika mengandung

Assalamualaikum semua 

Hari ini aku terpanggil untuk menceritakan pasal diabetis ketika mengandung. Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Untuk aku pulak, ni kali ke 2 aku sebagai pengidap kencing manis semasa mengandung. Untuk pengetahuan semua juga kedua-dua kandungan aku tidak berjaya aku bawa sehingga matang.


Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:

  • mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga.
  • membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan danseterusnya. Jika badan anda tidak menyediaakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, dan menyebabkab anda menghidap diabetes gestasi.

Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendirinya selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Jika saya menghidap diabetes gestasi
Biasanya di kelinik kesihatan ibu akan diminta untuk menjalani ujian MGTT, dimana para ibu akan diminta untuk minum air gula pada minggu ke-24 kehamilan... lebih kurang gitu la minggunya.

Dan setiap kali pemeriksaan kandungan para ibu pada setaip bulan... nurse akan menguji air kencing untuk mengesan kandungan gula. Jika terdapat kandungan gula dalam air kencing, ini mungkin tanda-tanda diabetes gestesi.

Biasanya penyakit diabetes semasa mengandung ini tiada sebarang simptom, tetapi anda mungkin akan mengalami :
* keletihan
* dahaga yang melampau
* membuat air kencil dengan banyak
* penglihatan kabur
dan jika anda mengalami simptom2 tersebut, lebih baik dimaklumkan kepada doktor

Kesan kencing manis pada kehamilan
Apa yang saya fahami dan pelajari adalah keperluan kita menjaga diri kita. Apa yang penting menjaga pemakanan kita untuk kebaikan diri dan anak dalam kandungan.

Masalah utama jika terlalu banyak gula dalam darah dan akan merentasi plasenta ke bayi anda dan menyebabkan bayi anda akan terlalu besar.  Apabila bayi anda besar ia akan menyukarkan proses kelahiran dan terpaksa melalui prosedur pembedahan caesarean.

Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatanselepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatl.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis didapati akan cnderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 dikemudian hari nanti.  

Saya berkemungkinan menghidap diabetis gestasi jika....
* Indek Jisim Badan (BMI) anda lebih daripada 30
* Anda pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat 4 kg atau lebih
* Anda penghidap diabetes gestasi sebelum ini
* Keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (saya keturunan - mak saya      
    ada kencing manis so kena berjaga-jaga)

Cara mengelakkan diabetes gestasi
Anda boleh mengurangkan resiko menghidap diabetes dengan cara:
* mengamalkan diet yang seimbang yang merangkumi karbohidrat daripada 
   bijian penuh, protein tanpa lemak dan lemak sihat.
* Bersenam bagi membantu mengawal tahap gula dalam darah.  Banyak 
   senaman yang boleh diamalkan semasa kehamilan seperti yoga, pilates, 
   berenang dan berjalan.
* Mengawal peningkatan berat badan.
* Berhenti merokok.  Merokok membahayakan kesihatan bayi dalam 
   kandungan dan meningkatkan risiko menghidap diabetes gestasi.  Ini adalah 
   sebab utama untuk berhenti merokok.

Diabetes Gestasi Boleh dirawat ???
Dalam kebanyakan kes, anda boleh mengawalnya dengan mengubah diet pemakanan dan selalu bersenam.  Doktor akan mengaturkan jadual supaya anda berjumpa dengan pakar pemakanan untuk menasihat dan mengawal tahap gula dalam darah dengan cara :
* mengamalkan diet yang seimbang yang sihat.
* mengurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula.

Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Doktor akan menerangkan bagaimana cara untuk memantau tahap gula dalam darah.  Kemudian anda bolehlah memeriksa sama ada perubahanyang anda lakukan memberi kesan atau tidak.

Untuk pengalaman saya, Doktor akan mengarahkan supaya membuat BSP iaitu mengukur kadar gula dalam darah semasa berpuasa (start puasa pukul 9 malam than esoknya pukul 8 baru ambil bacaan gula), selepas makan sarapan, makan tengah hari dan minum petang.  4 kali semuanya and doktor akan minta buat pada setiap bulan sehingga bersalin.

Ada sesetengah orang pula, diabetes gestesi nya tidak dapat dikawal dengan diet da senaman. Golongan ibu ini perlu mengambil ubat untuk mengawalnya atau mengambil suntikan insulin.


Nurse akan mengajar anda untuk menguntik sendiri. Menakutkan tetapi ini untuk memastikan jumlah gula dalam darah anda terkawal.

Adakah saya akan terus mempunyai diabetes selepas bayi saya dilahirkan???
Setelah 6 minggu hingga ke 12 minggu doktor akan meminta anda untuk membuat ujian gula semula... iaitu minum air gula.



Adakah saya akan terus mempunyai diabetes selepas bayi saya dilahirkan.

Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang mengidap diabetes gestasi sebenarnya telah pun mengidap diabetis jenis 2 sebelum mereka hamil tanpa mereka sedari.  

Namun untuk pengidap diabetes gestasi akan hilang sendiri setelah bersalin dan anda mungkin dapati paras gula dalam darah kembali normal

Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang menghidap diabetes gestasi sebenarnya telahpun menghidap diabetes jenis 2 sebelum mereka hamil, tanpa mereka sedari. 

Namun biasanya diabetes gestasi hilang sendiri selepas bersalin, dan anda mungkin dapati tahap gula dalam darah anda kembali normal. 


Jika anda pernah menghidap diabetes gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan ditawarkan OGTT semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18. Jika keputusan ujian tersebut normal, anda boleh mengulanginya sekali lagi pada minggu ke-28, sebagai langkah berjaga-jaga. 

Jika anda menghidap diabetes gestasi sebelum ini dan anda terpaksa membuat rawatan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapnya semula. Hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas daripada penyakit ini pada kehamilan berikutnya. 

Jika anda pernah menghidap diabetes gestasi, anda cenderung untuk menghidap diabetes jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi. 


Untuk pengalaman aku... untuk kandungan yang ke tiga setelah bersalin.... pada minggu ke 6 doktor meminta untuk membuat ujian mgtt... minum air gula... seminggu kemudian nurse call die cakap keputusan gula normal.... alhamdulillah. .. itu yang nak dengar tu....

Tapi ape pun wahai ibu-ibu yang ade diabetes gestasi... jangan risau... saya faham perasaan anda semua... ia bukan masalah.... yang penting jaga pemakan.... sayur makan kasi lebih... nasi sesenduk bagi aku ok da... susah... tapi korang mesti cuba... untuk anak dalam kandungan....

Ape pun kata berhak untuk mencuba...

nanti akan aku share kan diet untuk ibu diabetes gestasi ni ok...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Terhadap Ulasan dan Pandangan Anda....
Doakan Aleeya Dapat Adik Ye.......

Large Scraper

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...