Leaderboard

31 Mei 2017

Kaunseling O&G Klinik at GH Melaka

Kaunseling O&G Klinik at GH Melaka
Hasil carian imej untuk klinik o&g hospital melaka
Gambar kat google je. Masa kat tempat kejadian tak teringat nak snap pun..


















29 Mei 2017 yang lalu 
aku menghadiri temujanji
seperti yang diarahkan 
jam 2.00 petang

lebih kurang pukul 1.00 petang sampai
dalam 10 ke 20 minit cari parking
pusing punya pusing than 
kami ambil keputusan 
untuk parking tepi jalan besar 
antara hadapan masjid dan hospital
bertawakal je la masa tu
sebab line kuning
ikutkan nak parking kat dalam masjid
malangnya
pintu belakang masjid pun da ditutup
tak dapat nak tumpang parking
biasa itulah pilihan terakhir aku
hehehe

letak kad kat bakul
lebih kurang 1.40 ptg aku sampai kat klinik tu
than 2.15 baru lah bermula
ambil tekanan darah dan berat
tekanan darah normal tak ingat berapa
berat 66.3 kg 
alhamdulillah 
akan cuba kurangkan lagi berat
untuk kesihatan

than tunggu dalam 15 ke 20 minit
baru lah dapat jumpa Doktor
Doktor perempuan 
masa tunggu turn nak cek
Nampak doktor ni... Garang..
hehehe... garang bertempat pada aku lah

so.. doktor cakap
ini lebih kepada perbincangan
sebab dulu masa kat wad
tak dapat berbincang lebih lanjut
so ini lah masanya

hasil ujian swap yang diambil 
pada pangkal rahim atau faraj
pada sehari sebelum aku keguguran
terdapat kuman namanya GBS
Doktor cakap kadang-kadang
"semua orang ade GBS ni event saya dan nurse pun"
kuman GBS ini jugak tidak menyebabkan keguguran
GBS in hanya akan mengancam pada 
baby semasa kelahiran
maksudnya jangkitan pada bayi
semasa proses bersalin
itu yang diterangkan mengikut kefahaman aku

dan ujian pada placenta juga dibuat
tidak menunjukkan sebarang sel2 cancer

So untuk kes aku
doktor membuat kesimpulan
bahawa aku mempunyai rahim yang lemah
Buktinya 2 kali  aku melahirkan @ keguguran
"Suprising, anak pertama dulu, awak berjaya membawa sehingga matang"
Tapi kalo aku ingat2 balik
masa mengandungkan sara
aku ade juga rasa gesa bersalin jugak
masa trimester ke 2 lebih kurang
tapi sekali je
aku berehat kat surau office aku tido
than ok alhamdullillah

aku bertanya kepada doktor
adakah ubat yang boleh
menguatkan rahim
"unfortunedly, tiada" doktor cakap lah kan
untuk mengatasi masalah ini
prosedur circlage perlu dijalankan 
(nanti free aku buat review pasal ni ehh)
prosedur ini adalah mengikut pangkal rahim
untuk mengelakkan bersalin awal

untuk kes aku hari tu
aku tak sempat nak baut prosedur ni
sebabnya rahim aku da menunjukkan
simptom2 bersalin
mengeras...
doktor da cuba untuk menghilang gesa bersalin ini
injection... ubat dupaston...
semamangnya Allah yang menentukan
walaupun sedih da ralat rasanya
semuanya kekuasaan Allah
Ade hikmahnya
2 anak ku telah pergi dulu

Doktor mencadangkan agar aku rancang kehamilan
kuatkan emosi da fizikal
memandangkan tahun 2017 ni aku da banyak MC
so sekiranya aku mengandung tahun ni lagi
aku akan mendapat kesulitan
seperti cuti tanpa gaji sebab 
aku perlu direhatkan dihospital
mungkin dari minggu ke 14 sehingga bersalin
sooo... bayangkan berapa lama aku akan mc
dari usia kandungan 3 bulan 1/2 sehingga 9 bulan
MC ade bilangan maksimanya untuk setahun
so memikirkan tentang itu
masa yang aideal aku rasa
hujung tahun atau tahun depan 
itu kalau Allah nak beri rezeki lagi

so untuk ketika ini
aku tak buat ape pun
ingat nak cuba produk2 
yang boleh menguatkan rahim siapa tahu
Rezeki dari Allahkan
aminnn




23 Mei 2017

cara kiraan kalori makanan

Cara Kiraan Kalori Makanan

Hasil carian imej untuk apa itu kalori

Ramai orang suka seksa badan termasuk aku yang dulu, tak makan, takut gemuk sangat.

Sehari makan sekali ja, mana dapat kekuatan dengan kekenyangan tak tau lah.

Diet yang sihat dan senaman yang kerap baru betol..

Dah tak makan lepas tu tak bersenam plak. 
Ada pulak tu, dah la makan belambak , senaman pun tidak.

Berbalik kepada cerita kalori

Apa itu kalori?
Hasil carian imej untuk apa itu kalori
Kalori merupakan satu unit tenaga 
dan kita bukan sahaja boleh mengaitkan kalori dengan makanan 
tetapi ia juga boleh dikaitkan dengan apa saja yang mengandungi tenaga, 
misalnya 4 liter petrol mengandungi kira-kira 31,000,000 kalori.

Secara spesifik, kalori merupakan kandungan tenaga atau haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu satu gram air sebanyak satu darjah celcius(C).

Ramai orang berfikir kalori hanya berkaitan dengan makanan misalnya satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200 kalori, sebenarnya kalori dalam makanan adalah kilokalori (1000 kalori = 1 kilokalori).
Satu kalori dalam makanan mengandungi 4184 J. Oleh itu satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200 kalori makanan atau 200,000 kalori atau 200 kilokalori.

Ini juga sama semasa bersenam dimana jadual kecergasan mengatakan anda membakar 100 cal setiap kilometer berjalan bermakna 100 kcal.

Terdapat 3 kelas makanan utama dalam makanan kita. 
Iaitu karbohidrat, lemak dan protein. 
Ketiga-tiganya mempunyai “nilai kalori”(kandungan tenaga) tertentu seperti jadual berikut:
KELAS MAKANANNILAI KALORI
(kcal)
SUMBER
Karbohidrat4nasi   
Lemak9 minyak masak 
protein4ikan & daging 

Setiap individu memerlukan kalori yang berbeza. 
Ini bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, aktiviti dan iklim. 
Golongan lelaki memerlukan lebih kalori kerana mereka lebih aktif. 
Saiz badan yang besar juga memerlukan kalori yang tinggi kerana ia mengandungi sel yang lebih banyak. Golongan kanak-kanak dan remaja yang sedang tumbuh pesat juga memerlukan lebih kalori kerana metabolisme (keperluan tenaga asas) mereka tinggi. 
Pekerja atau ahli sukan memerlukan kalori tinggi untuk menampung aktiviti yang cergas. 
Jika kita tinggal di tempat yang sejuk, kita juga memerlukan kalori yang lebih. 
Ini perlu untuk menggantikan haba yang hilang.
Apabila seseorang mengambil kalori yang tinggi atau terlampau rendah, maka berlakulah masalah kesihatan. 

Jadual berikut menyenaraikan beberapa contoh masalah kesihatan itu:
MASALAH KESIHATANPUNCAGEJALACARA MENCEGAHCARA MERAWAT
MalnutrisiKekurangan kaloriSangat kurus dan tidak bertenagaMakan makanan seimbang dan mencukupiMemberi zat tambahan
AnoreksiaTabiat tidak mahu makan kerana ingin menguruskan badanTerlalu kurusPendidikanKaunseling
KegendutanPengambilan kalori berlebihanKelihatan terlalu gemuk, pengumpulan lemak di bawah kulitMengawal pengambilan makananBersenam atau mengambil ubat dari doktor
Penyakit Jantung dan Tekanan Darah TinggiMakan makanan berlemak berlebihanSerangan penyakit jantung dan cepat letih apabila melakukan aktiviti fizikalMengurangkan makanan berlemakPembedahan dan pengambilan ubat

Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. 
Sekiranya kita mengambil lebih kalori dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan kalori tersebut sebagai lemak di dalam hati dan di bawah kulit serta dalam bentuk glikogen di otot-otot.

Lemak simpanan ini akan digunakan jika lapar berlaku untuk memberi tenaga. 
Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb(450 gram)

Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu mengguna lebih tenaga dari yang dibekal, berat badan boleh dikurangkan. 
Walau bagaimana pun, bilangan kalori yang perlu bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan keturunan. 

Okey sekarang kita belajar dengan lebih mendalam lagi ye

Kalori yang lelaki perlukan adalah 2000 sehingga 2500 kalori sehari.
Perempuan 1600 sehingga 2000 sehari.

Kalau nak turunkan berat badan korang kena tolak lagi 500 kalori.

Cara nak kira kalori

           ******* BMR x DCR 
DCR = indiviti kurang bersenam / malas bersenam / kerja ofis                       = 1.2
          aktif sikit-sikit/ bersenam sekali-sekala/ 1-3x seminggu bersenam        = 1.375
          aktif / 3-5 kali seminggu bersenam                                                  = 1.55
          rajin bersenam/ 6-7 kali seminggu                                                   = 1.725
          terlampau aktif / 2x sehari bersenam                                               = 1.9
            
Cara pengiraan  : 

Perempuan

= 655 + ( 9.6 x berat (kg) +(1 .8 x tinggi (cm) - ( 4.7 x umur ) x DCR
                                 
Lelaki

 = 66 + ( 13.7 x berat (kg) + (5 x tinggi (cm) - ( 6.8 x umur ) x DCR

Cara nak kira kalori makanan :
 YOGURT ( 144 kalori )
  ****    karbohidrat   - 24.3 gram ( berat ) x4  = 97.2
              protein           -  5.8 gram  (berat ) x 4 =  23.2
              lemak             - 2.6 gram   (berat ) x 9= 23.4


Rujukan penting untuk korang kene follow seefoo KEVIN ZAHRI atau PANDUAN 



Sepanjang aku diet, makanan yang aku selalu makan macam :

        * nasi (kuantiti sikit)
        *air masak
        * sup sayur ( bunga kobis, brokoli, carrot, ubi kentang )
           (bunga kobis membantu mempercepatkan proses penurunan badan, katanya)
        * dada ayam , daging, ikan
        * oat
        * telur separuh masak
        * tomyam / sup
        * apple hijau @ sebarang buah
        * air detox (strawberry , pudina leaves, lemon & lemon , pudina leaves, limes)
        * salad


Kalau nak disenaraikan memang banyak, jadi boleh berpadukan kepada entry nie saja PEMILIHAN MAKANAN UNTUK BERDIET , UBI KENTANGTELUR...
Dan jangan lupa banyak makanan yang kita kena pertimbangkan untuk makan dan perlu dielakkan, MAKANAN PERLU ELAK, contohnya

* Nasi beriyani ayam - 880 kalori
* murtabak                - 722 kalori
* nasi goreng             - 635 kalori
* kuey tiau goreng     - 743 kalori
* nasi lemak              - 644 kalori

Cuba elakkan 

* Bahan makanan dari tepung ( kuantiti banyak)
* instant food, makanan dalam tin
*makanan bergoreng
* junk food

Berikut adalah jenis-jenis diet dekat Malaysia yang diamalkan mengikut individu:. 
                  * Diet Atkins
                  * Diet Detox
                  * Diet mengikut jenis darah
                  * Diet Seimbang
                  * No rice diet 
                 ( huraian di blog Kevin Zahri )

Kebanyakkan manusia suka sangat diet, tapi exercise memang tak buat, bahasa lembutnya nakhare pemalas pait.....

Ada banyak exercise mahupun senaman cardio yang boleh kita ikut bersama, contoh: 
squat, sit up   (kempiskan perut )
aerobik (membakar 405 kalori bagi senaman selama 1 jam)
jalan pantas, lari setempat, jogging  (membakar 300 kalori utk senaman selama sejam)
yoga
* menonton tv (membakar 40 kalori bagi senaman selama 1 jam)
berbasikal tanpa henti (membakar 380 kalori bagi senaman selama 1 jam)
skipping
* workout

Sekurang-kurang bagi sesapa yang nak turunkan berat badan rajin lah tiap2 hari bersenam, jangan jadi kan kekangan masa sebagai alasan, lewat malam pun boleh bersenam, naik tangga ofis pun kira bersenam.

Hampa boleh follow youtube QUICK SWEAT CARDIO EXERCISE &  YOGA FOR BIGGENERS .

Bukan senang nak senang kan. Kita kena berusaha teruk ah nak badan yang kita suka

Yang penting    :
* Jangan skip meals , terutama breakfast                                                   
* Rajin bersenam                                                   
* Awasi apa yang hang kunyah                                                  
* Minum air masak                                              
* Katakan tidak pada ubat kurus                                                   
* No Junk FOOD !!!                                                  
* Karbohidrat Sederhana, Protein Tingkatkan                                            
* Tidur yang cukup                                                   
* Jangan terlalu seksa badan hanya untuk kurus, jangan biar badan stress                            * Biar lambat kurus asal sihat


18 Mei 2017

Pokok Kekabu

Pokok Kekabu 
merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan MexicoAmerika TengahCaribbean, utara Amerika Selatan, dan (sebagai C. pentandra jenis guineensis) barat Afrika serta Asia Tenggara. Nama botaninyaCeiba pentandra.

Pokok kekabu.
Pokok Kekabu tergolong dalam famili Bombacaceae. Ia memiliki daun yang jarang dan dahan mendatar bertingkat pada sudut mendatar. Pokok Kekabu malar hijau ini memiliki batang kelabu pucat berduri banyak ditanam dikalangan penduduk kampung Melayu.

Kegunaan

Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.

Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.
Tetapi generasi masa kini lebih selesa menggunakan bantal atau tilam kapas kerana mudah dibeli. Pada masa kini, kekabu tidak digunakan dalam industri kerana masaalah kekurangan bekalan Kekabu yang banyak dan murah dan berpanjangan. Ini kerana pokok Kekabu tidak ditanam di ladang-ladang besar yang mampu menjamin bekalan yang berterusan.

Pokok kekabu.
Walaubagaimana pun bahan kekabu telah diporpulakan semula dengan menambah baik hasil daipada kapas kekabu. Dengan menggunakan kain yang pelbagai corak dan bentuk yang dipelbagaikan mengikut kreativiti.

Buah Kekabu


Buah kekabu
Buah Kekabu memiliki kelongsong bujur yang menyerupai buah koko. Kelongsong berkayu itu tumbuh segugus seperti timun kecil (Corner 1988). Pada mulanya ia bewarna hijau dan kemudian bertukar perang dan kehitaman apabila matang. Apabila mencapai tempoh buah kekabu akan pecah kepada lima bahagian dari hujung ke pangkal dan membebaskan biji benihnya yang diselitupi dengan kekabu (Lotschert & Beese 1991).
Gentian lembut bersutra, putih kekuningan merupakan unjuran dari dinding dalam kelonsong berkayu yang turut menyelitupi biji benih dalamnya. Ini berbeza sama sekali dari pokok kapas di mana gentian itu terbentuk daripada penutup luar biji benih (Simpson & Ogorzaly 1988).
Gentian kekabu sepanjang antara 10-35mm, ianya terlalu halus dan licin untuk diputar menjadi benang. Ia juga gebu, kerana diselitupi lilin, menjadikannya bahan penebat yang sesuai. Kandungan fiber terdiri daripada 64 % selulos. Kekabu amat anjal dan sesuai untuk dijadikan bahan pengisi seperti kusyen, bantal, tilam, jaket keselamatan, dan tali pinggang keselamatan (Vaughan 1970).

Biji benih Kekabu

Biji benih kekabu adalah antara 25-28 % (wt/wt) bagi setiap buah kekabu. Biji benihnya bewarna perang gelap, dan terdapat 118 yang terbenam dalam gentian kekabu. Biji benih kekabu mengandungi kadar minyak mentah yang agak tinggi sekitar 22-25% daripada jumlah berat keseluruhan dan dilaporkan menyamai minyak biji benih kapas yang boleh dimakan. Dengan itu minyak biji benih kekabu boleh dijadikan minyak masak, sama seperti minyak biji benih kapas tetapi sehingga kini tidak diusahakan.

Produk daripada hasil daripada buah kekabu

Hasil carian imej untuk produk berasas kekabu

Hasil carian imej untuk produk berasas kekabu

Hasil carian imej untuk produk berasas kekabu

Hasil carian imej untuk produk berasas kekabu

Hasil carian imej untuk produk berasas kekabu

* cerita pasal kekabu sebab tadi kluar pergi bukit payung ikut kawan ade kerja sikit
gotong royong tengah berlangsung
nampak pokok kekabu
banyak sungguh buah nya
seronoknya buat bantal

ni dia pokoknya

banyakkan buah die yang dah terkopek kulitnya



Large Scraper

Dengarkan lagi lagu hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...