Leaderboard

05 September 2015

kek cheese bersama biskut

Assalamualaikum semua
hari ni
Memang tak sabar nak buat kek cheese
sebab ape tak sabar
sebab kesenangannya
mudah sungguh nak wat kek ni
tak perlu menggunakan oven atau tempat
kukus

Ni dia bahan bahannya
mula mula lupa nak snap gambar
Punya tak sabar tengok susu tu
da bogel
aku da siap basuh
and kopek kertas die
cheese pun sama 
dah ku koyakkan

bahan bahan 
Seperti dalam gambar di atas

mula mula
Pukul cheese philadephia
Bersama susu pekat
dalam resepi asal guna 1/2 tin
Untuk adunan saya ni 
saya hanya letak 1/4 tin saja
Dalam resepi asal tak ade whipping cream
Aku yang gatal nak masuk
adik aku cakap lagi lemak
Heheheh

Tadaaaa.... da siap...
cream cheese...
Pukul cheese dengan whiping cream dan susu pekat hingga halus
maksudnya cheese tu da sebati dengan whiping cream tadi
tak ada lah berketul ketul
smooth je...

Kemudian rendam biskut lemak ni
dalam susu segar
jangan sampai lembik pulak
than susun dalam bekas

Kemudian lapisi dengan adunan cream cheese Tadi
ulang langkah ni hingga beberapa lapisan
untuk tambahan

Aku tambah milo dengan nestum
ade stok kat rumah
balon je la

Si Kecik Heboh nak isi coklat rice
pun  bole....

Tadaaaaaaa
siap
taruk badam slice
yum yum yum

Tak sabar nak makan

letak dalam peti sejuk

Dalam hati tengah bayangkan
tengah pengang garfu 
sambil makan this cake



Untuk pengetahun dan maklumat korang
peti ais kat rumah aku ni
da sampai hayat akhir ni
jadi aku letak kat tempat keras
Hahahah.... cian my cake...

jadi sesape yang bermurah hati
bole lah hadiah kan sebuah peti ais 
yang siap bole buat ais sekali ye

hahahaah...

Sentiasa berangan nak dpt peti ais tu
bila la dapat....

Wassalam...

1 ulasan:

Terima Kasih Terhadap Ulasan dan Pandangan Anda....
Doakan Aleeya Dapat Adik Ye.......

Large Scraper

Dengarkan lagi lagu hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...