Leaderboard

29 April 2014

mimpi Aisyah AF2013

Sejak akhir akhir ni suka dengar lagu ni
sedap je dengar kat telinga ni
  


Lirik Lagu Mimpi : Aisyah

Ceritakan padaku
Cerita yang terdahulu
Kisah cinta yang pernah kau tahu
Sempurna selalu pada kau dan aku

Ceritakan semua
Cerita kita cita bersama
Kisah terindah pernah ku rasa
Selama pernah jantungku bernyawa
Berdua hanya kau dan aku

Andai ini hanya mimpi
Tinggalkan ku begini
Biar terus ku lena
Sampai kau tiba

Andai ku hanya bermimpi
Biar aku begini
Sampai ketemu lagi
Aku di sini

Ceritakan padaku
Ceritakan padaku selalu
Kisah yang tak mungkin pergi lalu
Selama akan hidupku denganmu
Bersama mengharungi semua

Andai ini hanya mimpi
Tinggalkan ku begini
Oh, biar terus ku lena
Sampai kau tiba

Bawa daku ke angkasa
Memetik bulan bintang
Bawaku terbang bersama
Jangan kau lepaskan
Jangan kau tinggalkan semua

Oh, biar sahaja begini
Oh, biar terus ku lena
Sampai kau tiba

Andai ku hanya bermimpi
Biar aku begini
Sampai ketemu lagi
Aku di sini

Andai semuanya mimpi
Bia sahaja ku terus begini
Ku mahu terus kisah cinta kita
Terus sampai hujung masa


aktiviti aleeya hujung minggu

Cerita cuti minggu lalu


Entah ape la si kecik ni buat
Botol lepas tu die taruk kertas dalam tu
Sambung pulak dengan tiup
Tah mana die dapat tah
Bila die hembus ade la bunyi sikit 

Ni pulak
Masa waktu pagi
Macam macam die buat kat basikal tu
 

Tape tu lagi tebal die 1/2 inci 
Sampai da nipis

Suka hati la sayang


istihadah

assalamualaikum....
hari ni saya nak jadi ustazah jap
hehehe... bukannya apa...
sebelum ni tak pun kene pada diri sendiri
bila da kene tu yang menggelabah mencari
search kat internet

ok darah istihadah ni adalah darah yang keluar bukan pada waktu haid dan bukan dalam tempoh nifas.
Menurut Syeikh Muhammad bin Saleh Al-Uthaimin, ianya adalah darah yang keluar terus menerus pada seseorang wanita tanpa henti sama sekali atau berhenti sebenar dalam sebulan.
Untuk dapatkan bacaan yang lagi terus baca kat SINI yek...

Darah istihadah adalah darah yang keluar bukan pada masa haid dan nifas dan ia merangkumi:
a) Darah yang keluar sebelum umur kemungkinan haid iaitu 9 tahun mengikut jumhur ulamak.
b) Darah yang keluar kurang dari tempoh minima haid iaitu sehari semalam mengikut mazhab syafie.
c) Darah yang keluar melebihi tempoh maksima haid atau melebihi tempoh kebiasaan haid.
d) Darah yang melebihi tempoh maksima nifas.
e) Darah yang keluar dari wanita yang hamil mengikut pandangan jumhur selain mazhab syafie.
f) Darah yang keluar melebihi umur putus haid.

Darah istihadah tidak turun dari rahim sebagaimana darah haid atau nifas, tetapi keluar dari urat yang dipanggil al-Azil.  Sifat darah istihadah - menurut imam syafie adalah cair dan berwarna merah terang (antara merah dan kuning)

Apa caranya untuk membezakan antara darah haid dan darah istihadhah jika seorang wanita menghadapi masalah keluar darah yang berterusan atau melebihi tempoh kebiasaan haid?

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w., ada tiga kaedah untuk ia membezakannya;

1. Dengan merujuk kepada kebiasaan haidnya yang lalu. 

Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. kepada Wanita yang istihadhah pertamanya hendaklah merujuk kepada kebiasaan haidnya (yakni darah-darah yang keluar pada hari-hari kebiasaan haid adalah darah haid dan adapun yang keluar pada hari berikutnya adalah istihadhah). Ini berpandukan hadis dari ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Fatimah binti Abi Hubaisyh r.a telah mengadu kepada Nabi s.a.w.; ‘Sesungguhnya aku kedatangan haid tanpa putus-putus. Apakah aku perlu meninggalkan solat?” Nabi s.a.w. menjawab; ‘Tidak. Sesungguhnya itu adalah darah dari urat (عرق), bukan darah haid. (Oleh demikian, janganlah kamu tinggalkan solat pada keseluruhan hari datangnya darah itu), akan tetapi kamu tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Jadi, seorang wanita semasa menghadapi masalah tersebut, jika ia mengingati tempoh kebiasaan haidnya, hendaklah ia mengira bilangan hari haidnya mengikut tempoh kebiasaan tersebut dan darah yang keluar selepas tempoh itu dikira sebagai darah istihadhah dan ia tertakluk dengan hukum wanita istihadhah (bukan wanita haid atau nifas). Contohnya; jika ia biasa kedatangan haid selama tujuh hari, maka hendaklah ia menetapkan tempoh haidnya selama tujuh hari dan darah yang masih keluar selepas tujuh hari itu dikira istihadhah.

2. Dengan melihat kepada perbezaan darah. 

Jika seorang wanita tidak mempunyai kebiasaan haid (kerana baru kedatangan haid atau melupai kebiasaan haidnya), hendaklah dirujuk kepada perbezaan darah. Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. menghadapi istihadhah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya; “Sesungguhnya darah haid adalah darah berwarna hitam yang dikenali (yakni ia mempunyai bau yang dikenali oleh kaum wanita). Oleh demikian, jika kamu melihat darah sedemikian, hendaklah kamu menahan diri dari menunaikan solat. Tetapi jika kamu melihat darah berwarna lain, maka ambillah wudhuk dan kerjakanlah solat”. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Hibban dan al-Hakim. Berkata al-Albani; hadis ini hasan soheh).

Hadis di atas menjadi dalil bahawa diambil kira perbezaan sifat darah di mana jika bersifat dengan warna hitam, maka ia adalah haid dan jika tidak, maka ia adalah istihadhah.

3. Dengan merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita. 

Sekiranya seorang wanita tidak mengetahui kebiasaan haidnya dan begitu juga ia tidak dapat membezakan darah dengan melihat sifat-sifatnya (yakni warna darah yang keluar adalah sekata), maka ketika itu ia hendaklah merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita iaitu enam atau tujuh hari. Ini berdasarkan hadis dari Hamnah binti Jahsyi r.a. yang menceritakan; Aku telah kedatangan haid yang banyak dan kuat. Lalu aku datang kepada Nabi s.a.w. untuk meminta fatwa dari baginda. Lalu baginda bersabda; Sesungguhnya ia (bukanlah haid, tetapi) satu tindakan jahat dari Syaitan (hingga menyebabkan kamu lupa kebiasaan haid kamu). Oleh demikian, tetapkanlah tempoh haid kamu enam atau tujuh hari sahaja, kemudian mandilah….(Riwayat Abu Dad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah. Menurut al-Albani; hadis hasan).

Adalah wanita yang menghadapi masalah tersebut wajib merujuk kepada ulamak?

Ya, wajib ia merujuk kepada ulamak. Berkata Imam Ibnul-Jauzi dalam kitabnya “أحكام المرأة” (Hukum Hakam Wanita); apabila berlaku kepada seorang wanita yang kedatangan haid keadaan-keadaan yang berbeza dengan kebiasaan haidnya, wajib ke atasnya menceritakan kepada para fuqahak pada setiap apa yang berlaku (untuk mendapat pandangan Syarak serta fatwa). (Halaman 42).

Apakah kedudukan wanita yang menghadapi darah istihadhah pada hukum Syarak?

Mereka adalah seperti wanita yang suci kerana darah yang keluar dari faraj mereka tidak dianggap oleh Syarak sebagai darah haid, tetapi darah penyakit atau istihadhah. Kerana itu, mereka wajib menunaikan solat dan berpuasa serta diharuskan bagi mereka perkara-perkara yang dilarang ke atas wanita yang haid (yakni tawaf, sujud, membaca al-Quran, I’tikaf, bersetubuh dengan suami dan sebagainya).

Oleh demikian, wanita Istihadhah wajib mandi apabila menyedari bahawa hari-hari haidnya telah tamat sekalipun darah masih keluar dari kemaluannya (yakni darah istihadhah). Hukum ini telah menjadi ijmak ulamak berdalilkan arahan Rasulullah s.a.w. kepada Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. (yang menghadapi masalah istihadhah); “…..tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”.

Bagaimana cara wanita yang menghadapi masalah istihadhah mengambil wudhuk? Adakah terdapat perbezaan dengan wanita suci lain yang tidak menghadapi masalah istihadhah?

Ya, ada perbezaan. Wanita yang mengalamai masalah istihadhah walaupun menyamai hukum wanita yang suci secara amnya sebagaimana dinyatakan tadi, namun ada sedikit perbezaan antaranya dengan wanita suci yang lain memandangkan darah masih keluar dari farajnya. Perbezaan itu ialah;

1. Wanita yang mengalami masalah istihadhah, ia hendaklah menunggu masuk waktu barulah mengambil wudhuk jika ingin mengerjakan solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu. Tidak harus ia mengambil wudhuk sebelum masuknya waktu kerana wudhuknya hanyalah wudhuk darurat dan sesuatu yang dilakukan kerana darurat hendaklah dilakukan apabila tiba waktunya.

2. Menurut mazhab Syafi’ie; satu wudhuk hanya untuk satu solat fardhu sahaja. Jika ia ingin mengerjakan berbilang-bilang solat fardhu (seperti solat qadha, nazar atau menjamakkan) ia wajib mengulangi wudhuknya. Adapun solat-solat sunat, harus ia mengerjakan seberapa banyak solat sunat yang diingini dengan satu wudhuk. Namun menurut mazhab Hanafi dan Hanbali; harus ia mengerjakan dengan satu wudhuk seberapa banyak solat fardhu yang dikehendaki, iaitu tiada beza dengan solat sunat.[4]

3. Sebelum mengambil wudhuk ia hendaklah membasuh kemaluannya dengan sempurna, kemudian membalutnya dengan kain atau sebagainya sekadar yang termampu (untuk membendung darah dari keluar sekadar terdaya). Setelah itu, hendaklah ia segera mengambil wudhuk.

4. Ketika mengambil wudhuk hendaklah ia berniat untuk mengharuskan solat, bacaan al-Quran atau ibadah-ibadah lain yang mensyaratkan wudhuk. Contohnya; ia meniatkan di dalam hati; “Sahaja aku mengambil wudhuk untuk solat kerana Allah Taala”. Tidak harus semasa mengambil wudhuk ia berniat untuk mengangkat hadas kerana hadasnya tidak akan terangkat selama darah sentiasa mengalir keluar dari kemaluannya kerana perkara tersebut membatalkan wudhuk.

5. Setelah selesai wudhuk hendaklah ia segera menunaikan solat tanpa menangguh lagi.

6. Sebahagian ulamak mengharuskan wanita yang menghadapi masalah istiadhah menjamakkan dua solat dengan sekali wudhuk iaitu menjamakkan zohor dan asar atau maghrib dan isyak. Ini kerana Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh Hamnah binti Jahsyi r.a. yang mengalami masalah istihadhah menjamakkan dua solatnya dengan sekali mandi sebagaimana baginda pernah menyuruh Sahlah binti Sahal r.a. berbuat yang sama.

Adakah wanita istihadhah harus disetubuhi suaminya?

Berlaku khilaf di kalangan ulamak;

1. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie); harus bagi suaminya mensetubuhinya sekalipun darah sedang keluar dari kemaluannya.

2. Menurut Imam an-Nakha’ie dan al-Hakam; dilarang mensetubuhinya kerana diriwayatkan dari Saidatina ‘Aisyah r.a. bahawa beliau menegah suami mensetubuhi isterinya yang istihadhah.

3. Imam Ibnu Sirin memakruhkannya.

4. Berkata Imam Ahmad; Tidak harus mensetubuhinya kecuali jika terlalu lama istihadhahnya. Dalam satu riwayat yang lain darinya; Tidak harus kecuali jika ditakuti suaminya akan berbuat dosa (zina dan sebagainya).
Selain itu juga bole rujuk kat laman web NI tau...

sooo.... macam tu la ceritanya..
biasa yang kene pada kita ...
tak semua tapi segelintir wanita
kadang kadang hormon tak menentu
dulu masa lepas mengandungkan dak leeya
selalu jadi macam C tu
risau jugakkan

# memohon doa agar diberi kekuatan untuk menempuh dugaan mendatang ini.




25 April 2014

Worry...

Assalamualaikum. ..
Hari ni
Ketika ini
Saat ini

Sedih
Risau
Mood ke laut

Harap tiada apa yang berlaku
It just a normal
ALLAH please give some mirecle
Hanya KAU tempat mengadu

Hari sukaneka pasti sarah

Layan je gambarnya ye...

20 April 2014

berat

Malam nita  pasacara pemakanan
Nak berkongsi
Mal cara emakanan nak cerita pasal berat badan sendiri
Sobungkussekarang bila timbang berat
Jarum tu menakutkauk 59kg
Kadang kadang 60kg
Normal kot berat air dalam badan

Berat badan masa mengandung
Allahyarham baby qayyim
Adalah 71.1 kg 21 minggu...
Tapi masa 23 minggu mesti da naik
Dalam setengah kilo kot
Ini bacaan dalam buku merah tau

Sebenarnya semasa proses berpantang
Saya mengamalkan makan pil Nona Roguy je


Ni pun saya saya beli kat kakak kat office saya
Bengkung produk ni pun saya pakai
Kakak tu ade bagi krim barut dengan minyak urut tau
Tapi tak pakai pun
Saya pulangkan balik
Nasib kakak ni ok tau
Masa tu da pakai krim halia
So pulangkan balik
Lagi pun mahal....
Tak cukup duit
Ubat ni pun suami yang sponsor
Alhamdulillah. ..

Nak cerita pasal berat
Nak certa pasal cara pemakanan 
Sepanjang nak menurunkan berat badan ni

Sarapan pagi 》 minum milo O (tanpa gula + susu) makan biskut atau tambah dengan oat atau nestum...

Makan tengah hari 》nasi sesenduk ke 2 senduk, ikan kukus dengan bawang halia bawang putih (biasa buat bungkus dalam aluminium foil and than masuk dalam oven), kadang kadang ikan bilis goreng je kalo malas. Tapi yang penting nasi tak makan banyak. Saya cuba kurangkan.

Minum petang .》 Nak ikutkan jarang... kalo lapar sangat minum milo o je tak pun air panas suam.

Makan malam 》sama macam siang tadi menunya. Cuma selalu ikan bilis goreng je...

Waktu pantang da habis pulak ni.... woouuii...
Selera makan amat menakut dan membimbangkan
Tapi cuba juga kurangkan pengambilan nasi
Dan juga minuman manis
Memantangkan diri...

So and so
Now lagi 4 kilogram je lagi
Insyaaallah.....

18 April 2014

Sarah layan frozen kat laptop

Power bank

Sebenarnya da sampai hari rabu da
Tapi tak sempat publish
(Eiii... menunjuk pulak....)
Tak de niat pun
Just nak share je
Sebenarnya saya ni bukan
pengguna hanset yang tegar
Kadang kadang je kalo main game tak ingat dunia
Hahaha....
Beli kat mealdeil....
Rm 79.90... 30000mah
Free 2600mah keychain

macam mana ye...

Assalamualaikum. .... selamat pagi semua...
Hurrmmm... nak cerita pasal si sarah saya ni
Sejak akhir akhir ni
Menjadi jadi pulak dia tak mau ke sekolah
Bila bangun pagi ok
Sampai depan pintu pagar sekolah
Mula menanges
Kadang kadang bila nak bangun pagi
Da nanges tak pergi sekolah
Aduhhh.... kesian pulak
Napa la anak ibu ni

Hari tu masa ada event sukanneka
Tengok die sensorang je
Kalo main  pun dengan kawan
Dengan anak member yang sama sekolah
Sian pulak tengok die
Macam tak enjoy pergi sekolah

Untuk pengetahuan semua
Sarah saya hantar di tadika pasti
Pasti tu terletak di pertengahan perjalan ke office
So memang sesuai lah
Lagi 1 tadika ni ade taska tau
So senang la.... pagi antar balik keje ambik

Tapi sekarang ni da masuk 4 bulan
Masih situasi yang sama
Macam mana eh....

Sarah cakap nak tukar pasti lain
Masalahnya tak ade taska pulak
Masih berfikir lagi ni
Tanya member yang antar anaknya tadika jaim
Ade kosong tak
Masih boleh masuk lagi tak
Masih menunggu jawapan
Harap ade berita baik
Ade 1 lagi pasti pulak ade Tau
Ade member adik duduk sana
Tu nak mintak adik tanya kan
Bole tolong jagakan
Anak die pun sebaya dgn si sarah

Harap aalde berita gembira


17 April 2014

Betul...

Betul tu sis farah waheeda wahid
Kapur.....
Akibat si sarah suka ambik sekolah punya
Maka si ibu belikan lah sekotak kapur
Ingat dalam 4 batang rm 3.80
Rupanya....
Nah amik kan... banyak betul....
Biarkan sampai puas hati
Die conteng lantai

Sapa tau ni ape

Cuba teka

oppsss gatal tangan

dek kerana gatal tangan
den telah meminta bayaran dari nuffnang 
Hahha... padahal tak sampai Rm 50
actually RM 50 something
lepas tu charge wajib Rm1
tu yang tinggal 40 something
bole ke tak sampai RM50
gatal tangan sangat


16 April 2014

Aktiviti malam

Layan miranda dengan anugerah terindah malam ni
Si anak ajak ayahnya
Tengok running man kat laptop
Yehhhh

masih bukan rezeki kami

assalamualaikum
da lama tak menaip laman ni
tiap tiap hari buka
and just blogwalking
today terpanggil untuk bercerita
tentang perasaan ini
berharap tahun ini ada cahaya kegembiraan
cahaya baru untuk kami
namun ternyata impian itu
meleset dan amat menyedihkan
semoga Allah memberikan ketabahan lagi kepada kami
AMIN

07 April 2014

Aktiviti aleeya masa lapang

Ni die aktiviti die
Sambung aktiviti hari sebelumnya
Balik je rumah dari sekolah
Pergi conteng lantai
Nasib lantai kat luar






Terminator

Assalamualaikum. ..
Salam isnin...
hari orang berebut...
Memecut kereta supaya dapat sampai ke office...
Ade yang terlambat....
Den pulak ade perhimpunan besar
Perlu ke pusat pntadbiran kerajaan
Memang berperang dalam hati
Berperang kat jalan raya
Apa pun perlu cool
Walaupun duduk hujung melaka
Hahahaaa......
Sejam lebih jugak la masa perjalanan
Harap xde la kene tukar
Menangis kalo kene tukar
Kene gerak sesuboh hadam
Ape pun hidup mesti diteruskan
Makan gaji ape nak buat
Yang menurut perintah

Hahaha... pembukaan panjang berjela
Nak cerita pasal office
Nak tau tak
Kitorang punya bos dengan
Anak anak buahnya
Termasuk den da gilo semuanya
Hehehem.....
Die gelar kami semua ni mesin @ terminator
Buat keje tak berenti
Tak ade perasaan
Hahaha bole gitu
Apo apo je la pejal...
Janji kami semua tak gilo bebetokan

Large Scraper

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...