Leaderboard

31 Disember 2013

Tahun baru datang lagi

Assalamualaikum. ... salam selasa....
Yehhh... new year is coming....
So... sepanjang 2013 banyak suka duka
Yang den hadapi
Cuba untuk menjadi setabah mungkin
Cuba untuk menjadi sekuat mungkin
Cuba untuk menjadi secekal mungkin
Insyaallah. ......

Sukanya... dapat sambung belajar
Mula bulan februari 2013
Sebelum ni kalau encik suami kerja
Masa tu agak terluang terlampau banyak
So kuatkan semangat nak belajar
Weeee...... da lama impikan nak further study
Akhirnya berjaya......

Tengah2 study ni disahkan pregnent pulak
Alhamdulillah. .. masa tu dalam bulan 3 la...
Wah double gembira tu
Sebab da lama tunggu nak baby lagi
Si aleeya pun da besar

Masa nak masuk kandungan bupan ke 4
Arwah mak pulak sakit
Berpunca dengan jatuh moto
Mutu kesihatan mak beransur berkurangan
Sehingga dimasukkan ke hospital

Dalam masa yang hampir sama
Kandungan nak masuk 6 bulan
5 bulan 3 minggu.... ada komplikasi
Pada kandungan.....
Mungkin tak cukup rehat kot
Mungkin salah den
Mana tak nya setiap hari berulang alik
Dari rumah ke office than lari lawat mak ke hospital
Than balik office balik
Balik rumah
Sampailah masuk bulan ramadhan
Nak masuk minggu ke 2 bulan puasa
Perut rasa sakit sakit
Tapi ingatkan sakit masuk angin
Sebab mase aleeya pun macam tu
Dulu rehat dalam sejam dua ok
Tapi kali itu memang nak balik rumah nak berehat cadangnya
Terlanjur nak balik rumah
Setelkan lah kerja
Sempat pergi buat siasatan
Masa tu... tapi en suami ade ikut....
Than balik rumah....
Da balik rumah rasa sakitnya lain macam
Masa tu da nak bukak puasa
Memang da tak tahan da
Cakap dengan en suami
Kita pergi hospital
Masa on the way ke hospital tu lah
Hanya Allah yang tahu
Dengan kesesakan lalu lintas
Bulan puasa melaka memang jem
En suami pun cemas
Tengok den mengerang kesakitan
Den dapat dengar suara die
Menangis......
Terima kasih kerana memahami saya
Dia pun menjerit dalam kereta
Nak suruh kereta lain beri laluan
Dengan jarak dari rumah kami yang hujung melaka tu
Hampir sejam
Sampai di hospital
Muhammad Qayyim Mikhail
Telah lahir... 5 bulan 3 minggu
Dia menangis apabila roh ditiupkan
Alhamdulillah. .. ape pun bersyukur...
Sebab sempat bersama 4 hari sahaja
Sempat peluk cium
Walau pun tak sempat nak menyusu dan bermain dengan die.....
Allah lebih sayang kan die
Mungkin ade hikmahnya
26 Julai 2013, 17 ramadhan 1434 hari jumaat
Anak ibu pergi untuk selama lamanya
Semoga kamu tenang di sana

Dalam masa berpantang pulak
Menempuh  dugaan mendatang
Memelihara perasaan
Cuba memenuhkan masa terluang
Tempuh berpantang yang agak lama
Selama 2 bulan tanpa baby
Memang satu dugaan besar
Macam2 aktiviti cuba buat
Jahit baju la....
Main dengan si aleeya....
Sambil menjaga arwah mak ketika itu
Adik beradik lain juga
Alhamdulillah banyak menbantu
Mencuci luka backsaw
Besar luka mak....
Cuba buat dressing sebaik yang boleh

Cuba ke klinik kesihatan berdekatan
Untuk minta bantuan
Datang rumah cucikan luka mak
Kami memang cuci setiap hari 2 kali
Tapi apa la pandai kami
Apa la daya kami
Kami ambil keputusan untuk bawak mak ke KL
Ade rawatan cuci di sana
Mak memang kuat
Alhamdulillah. ... segala nana dan daging yang da rosak berjaya dibuang

Kadang kadang terdengar
Suara suara sumbang
Yang marah kami adik beradik bawak mak
Jauh dapatkan rawatan
Sekurang kurangnya kami da usaha
Untuk kurangkan kesakitan mak
Nak mintak bantuan orang kat persekitaran
Macam tak nak bantu
So ape la daya kami
Takkan nak biarkan mak macam tu
Mereka tak berada dalam situasi kami
Mereka tak lihat sebesar mana luka belakang mak
Mereka tak tahu tentang itu
Genap sebulan baby ku pergi
Arwah mak pulak pergi selama lamanya

Hanya Allah yang tahu perasaan itu
Masa tu pulak en suami da outstation
Susah nak balik
Lagi sedih rasanya....

Ape pun bersyukur
Sebab sempat beraya dengan die
Sempat jaga die ketika sakit

ALFATIHAH buat arwah mak dan babyku

So sekarang end of year 2013
Hampir 4 dan 5 bulan mereka pergi
Semoga tenang disana
Berdoa ada sinar cahaya untuk 2014
Berdoa dapat baby baru
Insyaallah. .....

# bole tolong doakan saya pregnent lagi tak..... terima kasih ........

2 ulasan:

  1. tahun yang sedih buat kita sekeluarga... awal tahun 2013 aku keguguran...tp alhamdulillah sempat merasa berpantang dengan mak...dah 2 minggu cuti pantang..time nak balik sunway tengok mak nangis.... i love u mak... Al- Fatihah untuk mak...moga diterangi dengan doa anak2 n amalan yang baik mak.

    BalasPadam

Terima Kasih Terhadap Ulasan dan Pandangan Anda....
Doakan Aleeya Dapat Adik Ye.......

Large Scraper

Dengarkan lagi lagu hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...