Leaderboard

31 Disember 2013

Layan jap

Kami sama sama meriahkan
Sekadar memenuhi masa yang terluang
Dah lama tak keluar malam
Ambang 2014
Ade pertandingan kareoke sekali
Heheheh....

Berat terkini

Berat terkini dalam 59 - 60 kg
Kalau kurang minum 59 kg
Kalau lebih minum air 60kg
Untuk hari ni
Sasaran masih belum tercapai
Tapi apa pun tahun ni
Den berjaya turunkan berat badan
Masa sebelum pregnent dulu dalam 68kg
So sekarang 59kg.... ok la tu
Alhamdulillah. .....
Masa dulu nak kurang kan berat badan
Bertambah lagi adelah kan

Untuk tahun 2014
Saya target nak turunkan sehingga 55kg
Dalam masa 2 bulan cukup tak
Rasanya cukup sampai akhir bulan 2
Insyaallah....
Den harap den berjaya...
Doakan saya kawan kawan

# doakan saya prengnet jugak tau.... terima kasih singgah blog saya ni....

hahahaha... kelakar.... pon boleh..

Want to share this with my friends. Happy New Year to all! :-))

Akhirnya

Siap jugak kalender i
Semoga 2014 menceriakan
Hope dapat baby baru
Insyaallah. ...

Bulan keluar duit....

Haiyakkk..

Bulan ni money fulus... keluar macam air...
Huhuhu.....
Den belanja ikut suka hati den jo....
Ni ha tinggal 3rat je
Huhuhu.... berusaha untuk hidup sampai dapat gaju bulan depan

Ribut pagi hari

Hari ni
Pepagi lagi da ribut
Ribut buat klaim
Maklum la da end year
Semua nak tutup
Den pun terbabit sekali
Nanti tak de orang nak sign pulak
Ape pun alhamdulillah. .....

Tahun baru datang lagi

Assalamualaikum. ... salam selasa....
Yehhh... new year is coming....
So... sepanjang 2013 banyak suka duka
Yang den hadapi
Cuba untuk menjadi setabah mungkin
Cuba untuk menjadi sekuat mungkin
Cuba untuk menjadi secekal mungkin
Insyaallah. ......

Sukanya... dapat sambung belajar
Mula bulan februari 2013
Sebelum ni kalau encik suami kerja
Masa tu agak terluang terlampau banyak
So kuatkan semangat nak belajar
Weeee...... da lama impikan nak further study
Akhirnya berjaya......

Tengah2 study ni disahkan pregnent pulak
Alhamdulillah. .. masa tu dalam bulan 3 la...
Wah double gembira tu
Sebab da lama tunggu nak baby lagi
Si aleeya pun da besar

Masa nak masuk kandungan bupan ke 4
Arwah mak pulak sakit
Berpunca dengan jatuh moto
Mutu kesihatan mak beransur berkurangan
Sehingga dimasukkan ke hospital

Dalam masa yang hampir sama
Kandungan nak masuk 6 bulan
5 bulan 3 minggu.... ada komplikasi
Pada kandungan.....
Mungkin tak cukup rehat kot
Mungkin salah den
Mana tak nya setiap hari berulang alik
Dari rumah ke office than lari lawat mak ke hospital
Than balik office balik
Balik rumah
Sampailah masuk bulan ramadhan
Nak masuk minggu ke 2 bulan puasa
Perut rasa sakit sakit
Tapi ingatkan sakit masuk angin
Sebab mase aleeya pun macam tu
Dulu rehat dalam sejam dua ok
Tapi kali itu memang nak balik rumah nak berehat cadangnya
Terlanjur nak balik rumah
Setelkan lah kerja
Sempat pergi buat siasatan
Masa tu... tapi en suami ade ikut....
Than balik rumah....
Da balik rumah rasa sakitnya lain macam
Masa tu da nak bukak puasa
Memang da tak tahan da
Cakap dengan en suami
Kita pergi hospital
Masa on the way ke hospital tu lah
Hanya Allah yang tahu
Dengan kesesakan lalu lintas
Bulan puasa melaka memang jem
En suami pun cemas
Tengok den mengerang kesakitan
Den dapat dengar suara die
Menangis......
Terima kasih kerana memahami saya
Dia pun menjerit dalam kereta
Nak suruh kereta lain beri laluan
Dengan jarak dari rumah kami yang hujung melaka tu
Hampir sejam
Sampai di hospital
Muhammad Qayyim Mikhail
Telah lahir... 5 bulan 3 minggu
Dia menangis apabila roh ditiupkan
Alhamdulillah. .. ape pun bersyukur...
Sebab sempat bersama 4 hari sahaja
Sempat peluk cium
Walau pun tak sempat nak menyusu dan bermain dengan die.....
Allah lebih sayang kan die
Mungkin ade hikmahnya
26 Julai 2013, 17 ramadhan 1434 hari jumaat
Anak ibu pergi untuk selama lamanya
Semoga kamu tenang di sana

Dalam masa berpantang pulak
Menempuh  dugaan mendatang
Memelihara perasaan
Cuba memenuhkan masa terluang
Tempuh berpantang yang agak lama
Selama 2 bulan tanpa baby
Memang satu dugaan besar
Macam2 aktiviti cuba buat
Jahit baju la....
Main dengan si aleeya....
Sambil menjaga arwah mak ketika itu
Adik beradik lain juga
Alhamdulillah banyak menbantu
Mencuci luka backsaw
Besar luka mak....
Cuba buat dressing sebaik yang boleh

Cuba ke klinik kesihatan berdekatan
Untuk minta bantuan
Datang rumah cucikan luka mak
Kami memang cuci setiap hari 2 kali
Tapi apa la pandai kami
Apa la daya kami
Kami ambil keputusan untuk bawak mak ke KL
Ade rawatan cuci di sana
Mak memang kuat
Alhamdulillah. ... segala nana dan daging yang da rosak berjaya dibuang

Kadang kadang terdengar
Suara suara sumbang
Yang marah kami adik beradik bawak mak
Jauh dapatkan rawatan
Sekurang kurangnya kami da usaha
Untuk kurangkan kesakitan mak
Nak mintak bantuan orang kat persekitaran
Macam tak nak bantu
So ape la daya kami
Takkan nak biarkan mak macam tu
Mereka tak berada dalam situasi kami
Mereka tak lihat sebesar mana luka belakang mak
Mereka tak tahu tentang itu
Genap sebulan baby ku pergi
Arwah mak pulak pergi selama lamanya

Hanya Allah yang tahu perasaan itu
Masa tu pulak en suami da outstation
Susah nak balik
Lagi sedih rasanya....

Ape pun bersyukur
Sebab sempat beraya dengan die
Sempat jaga die ketika sakit

ALFATIHAH buat arwah mak dan babyku

So sekarang end of year 2013
Hampir 4 dan 5 bulan mereka pergi
Semoga tenang disana
Berdoa ada sinar cahaya untuk 2014
Berdoa dapat baby baru
Insyaallah. .....

# bole tolong doakan saya pregnent lagi tak..... terima kasih ........

26 Disember 2013

menunggu lagi

2-3 hari satu penyiksaan
ermmm harap ada sinar
insyaAllah....

teringin nak makan lagi

tengok entry yang lepas
teringin nak makan ubi ketuk lagi
yum yumyum....



















Nota kak --> harap semua kerja setel hari ni and cepat petang bole beli ubi ketuk...

PENJELASAN FENOMINA SALJI DI MESIR DAN VIETNAM

pagi ni terbaca post ni tau
menarik minat saya untuk membacanya
sebab ingin mengetahui sebab apa perkara ini terjadi
agak terkejut dan hairan sebenarnya
negara yang kita tahu sentiasa panas
kini diliputi salji.... agak muskil kan

baca kat SINI

agak terkejut jugak
bahasa sain dan geografi
perubahan medan magnet bumi

antara yang memberi kesan ingatan pada saya adalah
"peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak
keseluruhan medan mangnet bumi akan "flip"
dimana kompas yang dahulunya menunjukkan ke arah utara
akan menunjukkan arah selatan"

mengingatkan saya
apa yang kita belajar dan ketahui
antara alamat  alamat  kiamat yang besar adalah
matahari terbit berlawanan dari biasa
tanda tanda kecil da nampak da
banyak ......

lagi satu selalu terbaca kat facebook
hidupan laut berlumba lumba melompat ke arah pelantar
banyak sangat

sama sama kita renungkan lah.....

KHAMIS

Assalamualaikum & selamat pagi..

24 Disember 2013

Tiktok

Bilang masa
Untuk pulang.....
Semangat nak pulang
Jumpa anak dengan suami
Minggu ni and minggu depan
Anak duk rumah dengan en suami
Sekolah da ditutup....

Teringin nak makan pulak

Hari ni berpuasa
Menyambung kembali sesi berpuasa
Ingat semalam nak puasa
Tapi semalam ade hal
Nak keluar dengan yang tersayang
Cancel.....
So hari ni jadi....
Teringin nak makan ubi ketuk
Yuk yum yum
Lagi 2 jam setengah lagi
Chaiyookkkk

Karipap kentang

Hai bila la dapat buat karipap ni
Dari ade stok kentang kat rumah
Sampai da selamat den masak sambal
Harap minggu ni dapat la
Insyaallah. ......

23 Disember 2013

21 Disember 2013

Alhamdulillah. ......

Hari kita dibangun kan kembali untuk beribadat kepadanya

Sesi menggunting lagi

Baki kain nak buat langsir tak cukup

Kain ni nampak je tebal gulungannya
Tapi sikit

Ape pun tak boleh buat

Than mood tengah ade
Dipagi hari
Menggunting untuk buat cadar dan sarung bantal

20 Disember 2013

Menunggu

Masih menunggu
Harap berjalan lancar
Harap cuaca menyebelahi
Redup je....
Alhamdulillah....

Sudah bersedia

Da bersedia untuk bermarhaban
Semoga semuanya berjalan lancar
Aminnnn

Kitab arwah ibu saya
Semoga arwah dapat pahala
Anaknya sekarang menggunakannya

Al fatihah untuk mak....

Da siap pasang

Yehhhh....  akhirnya siap jugak
Ambik masa 1 jam sehari
Akhirnya siap jugak
Dipasang untuk majlis perasmian
Surau baru pejabat hari ni

16 Disember 2013

AUDIT 5S TELAH DATANG



auditor telah datang
dapat banyak hadiah
stiker... huhuhuhu....
untuk kebaikan...think positif...

14 Disember 2013

13 Disember 2013

Salah ke???

Baru perasan signboard ni
Kene kompaun rm 2000 tu
Sungguh baru tau

aku HIPOKRIT???

assalamualaikum....

teringat perkongsian cikgu anak saya
cikgu liza....
kalau kita jawap salam dengan
waalaikumsalam sahaja dapat markah 5
kalau kita jawap warahmatullah hiwabarakatuh
dengan penuh maka pahala kita
penuh 10 markah
begitulah perumpamaannya
untuk mengutip pahala
selagi kita mampu
Insyaallah

berbalik pada tajuk kita





sikap seseorang yang menunjukkan sifat yang bukan sifat sebenar pada dirinya
atau dalam bahasa mudahnya bermuka muka..... berpura pura baik... perasan bagus....
kadang kadang kita tak perasan benda tu pun terjadi pada kita

yes.... saya mengaku seorang yang hipokrit

kadang kadang menjadi hipokrit untuk tersenyum dan ketawa
untuk memberitahu bahawa kita seorang yang tiada masalah

kadang kadang tergelak sehingga terbahak bahak tapi sebenarnya
sedang menggelakkan diri sendiri yang melakukan kesilapan

kadang kadang terpaksa tersenyum tapi sebenarnya dalam hati hujan sedang membanjiri hati

kadang kadang berdiam diri menahan marah and
menunjukkan ketidak puasan hati menyatakan perkara itu tak betul bagi diri ini

kadang kadang tersenyum, kerana terpaksa mendengar tetapi dalam hati
diri ini rasa ingin lari, ingin tutup telinga, jauh dari setuasi itu

kadang kadang ingin menjerit tentang kebencian pada seseorang
tetapi terpaksa bermanis muka untuk menjaga keharmonian

sungguh .............
apa yang perlu dilakukan sekarang
demi menjaga kebahagian semua cuba sedaya upaya yang terbaik
hanya Allah yang lebih mengetahui
ape yang baik dan buruk buat kita






12 Disember 2013

Gotong royong

Mari kita bergotong royong
Jommmm.....
Tugas den amik gambar je
And buat label...
Sukeee!!!!

Sebab yang lepas jaga pentry

11 Disember 2013

Asik sedih je hari ni

Hari ni air mata asik mengalir je
Teringat muhammad qayyim mikhail
5 bulan sudah kamu tinggalkan ibu
Hari ni tetiba rindu itu menggigit ibu
Sayang ibu tenang di sana
Teringat saat akhir
Sayang ibu sempat buka mata
Sayang ibu nak lihat muka ibu ye
Alfatihah untuk anakanda ku
Ibu. Ayah. Kakak sayang kamu
And kami amat terasa kehilangan kamu
Sungguh.... apa pun kami tetap redha....
Ketentuan Allah
Dia lebih menyanyangi kamu
Pasti ade hikmah sebalik....

minyak

nak cerita pasal minyak kereta
sekarang ni den da bace da
time bile patut kita isi minyak kete
time bile kita tak patut isi
tapi kalo da nazak terpaksa juga
nanti tersadai pulak tepi jalan
kalau bernasib baik
kalau tak bernasib baik
mau tengah jalan jugak

tapi rasanya semua da tahu
den je yang baru tahu
tapi sebenarnya da tahu da lama pun
tapi tak peraktikkannya
bila minyak da naik
amat la terasa kenaikannya

ye la mana tak nya
RM 50 dulu boleh penuh 1 tangki
sekarang RM 50 - 2 takuk tak jejak full
ni kate 20 sen tak banyak
seliter rm 0.20... kalau 25 liter
berapa kurangnya....
berapa liter kurang tu
tak 3 ke 4 liter



berbalik pada cerita awal tadi
nak share petua sikit la
kalau nak isi minyak kene awal pagi
atau malam ke
sebab masa tu ketumpatan minyak tinggi tau

2 hari lepas isi miyak pepagi
lepas tu hujan pulak
tuang minyak RM 50
tank mase tu pun da kelip2 haus
dapat full naik

berbanding dengan sebelum sebelum ni
isi tengah hari atau petang
cuaca tengah panas
memang kurang 2 takuk minyak

betul tak percaya cuba kawan kawan ku
yang disayangi cuba
berbaloi and berbunga bunga hati
sebab full.....
hikhikhik





Pon jadi

Karipap dengan goreng pisang
Jadi santapan
Alhamdulillah. ....
Mendidik diri bersyukur....

Lapar

Lapar la pulak
Biskut pun kosong
Adehhh maleh nak keluar...
Minum air je nampaknya...

mimpi lagi

husband pernah cakap dulu
kalau kita mimpi sesuatu
biasanya terbalik
betul ke???

errmmm....
semalam tengok gambar baby
sampai termimpi mimpi
mimpi prengnent tau
indahnya mimpi tu
tapi bila terjaga
rupanya mimpi semata mata
tertipuu....

huhuhuhu......

Doakan semoga aleeya dapat adik
Mood> Rindu Muhammad Qayyim Mikhail -- ibu rindu kamu.... terkilan tak dapat main dengan kamu... anak ibu tunggu ibu tau....

11.12.13

Assalamualaikum
salam rabu
hari tarikh cantik ka
teringat cik ta kita
nikah hari ni
apa pun saya doakan kebahagiaan mereka
sehingga ke hujung nyawa
Rozita Che Wan dan Zain Saidin

10 Disember 2013

hadapi dengan senyuman

Betol tak?

BABY2 COMEL


APA YANG KU RASA

LET SMILE

Muhasabah diri

Kadang kadang segala percakapan kita
Setiap ayat ayat tutur kata
Perlu disusun
Sebelum meluahkannya
Kadang kadang ianya boleh melukakan hati
Betul kan
Kata kata yang keluar dari mulut itu
Lebih tajam dari pisau
Luka pada jasad kita nampak
Tapi pada hati
Tiada siapa yang tahu
Umpama halimunan
Oleh itu diam itu lebih baik dari segalanya
Meluahkan pada yang penting
bergurau biar berpada
Silent is good mood

09 Disember 2013

Aleeya konvo lagi

Cerita aleeya lagi
Masih panas kan
Kali ni keluar dalam akhbar
MELAKA HARI INI

Nelayan

Hari ni kebetulan
Jalan jalan di kuala sungai
Tengok nelayan
Tengah memunggah pukat
Kebetulan.... pada dekat je dengan kampung

08 Disember 2013

Large Scraper

Dengarkan lagi lagu hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...