Leaderboard

31 Disember 2012

Azam tahun 2013

soooo
salam akhir tahun 2012 dan selamat menyambut tahun baru 2013
selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013

2012
banyak sungguh kenangan
kenangan manis pahit kenangan suka duka
segala kegembiraan dan kedukaan pada tahun ini
akan di kenang
dan dijadikan sempadan
untuk masa masa akan datang

bersyukur aku kepada Allah
kerana di beri kesempatan untuk
menghirup udara kegembiraan udara keamanan
diberikan kesihatan yang baik
diberikan keluarga yang harmoni
sesungguhnya aku bersyukur kepada Mu Ya Allah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah



Azam....
Apabila berkata tentang azam
ya azam
ianya adalah sebuah impian
untuk dijadikan satu paras atau takat
dimana seseorang itu 
harus berusaha untuk mencapainya
untuk tuan punya blog ni
tak ada la banyak sangat

SENDIRI DAN KELUARGA
1. Menjadi hambaNya yang lebih baik

2. Menjadi Isteri solehah, ibu mithali

3. Ingin menambahkan bilangan umat islam dan seterusnya mendidik  mereka menjadi anak yang soleh dan solehah

4. menjadi insan yang mementingkan kesihatan

5. menambahkan ilmu pengetahuan... nak further study.... insyaAllah

TEMPAT MENCARI REZEKI 
menjadi pekerja yang baik dan cemerlang 

semoga tahun baru 2013
menjadi tahun yang lebih baik dari tahun tahun yang lalu
semoga segala impian akan dapat tercapat
insyaAllah





bercuti

bercuti panjang bersam keluarga
tak pergi mana pun
bercuti ke bandar
hikhikhik
rumah adik
nanti kita sambung lagi

kepada semua
selamat menyambut tahun baru

Tahun 2013 da datang




*apa azam anda????????

26 Disember 2012

Kerja

assalamualaikum selamat pagi semua mari sama sama kita memulakan kerja dengan Bismillah Lot OF Thing To DO TOdaY Chaiyokkkkk Boleehhhhh

24 Disember 2012

Selamat Pagi Isnin

Assalamualaikum semua
tadi da ingat nak post ape
lupa pulak time nak taip
haaa da ingat bile tengok rupa die
sebenarnya nak ucap tahniah untuk member
Norhidayah dengan Ismail
sebab da pregnant
Alhamdulillah kan
sebelum ni die memang nak anak cecepat
bunting pelamain
baru bernikah bulan lepas tak silap
moga rezeki tu terpalit kat aku la
InsyaAllah...
amin

22 Disember 2012

Pancet

rumah jiran sedang bergembira  dan bersemangat
untuk majlis persandingan anak mereka
2 pasang sekali 2 anak lelaki
tapi jiranku bukan sesiapa pun
sepupu sepapat jugak 
hehehehehe

mata pulak tak menagantuk
buka TV tengok rancangan RUNNING MAN
da habis tengok
awal malam ade  tengok rancangan ni jugak
tapi tak habis
tak sangka malam ni penyambung dan penamatnya
tergelak sakan tengok rancangan ni


sebenarnya nak cerita pasal 

kejadian petang tadi
konon konon nak balik awal la
pergi kat kereta
tengok tayar da leper
tak ade la leper sangat
sempat lagi pergi tempat pump
pergi la petronas pump
lepas pump pikir
kat mana nak dirujuk kereta ni
area Alor Gajah ke Masjid Tanah
ahhhhhhh.. ambil keputusan dengan cekalnya
pergi ke masjid tanah sebab
mase ni aku sorang je
dan masjid tanah pertengahan perjalanan dah
ape apa jadi da lepas satu peringkat perjalanan
bagi aku la
seperingkat lagi, dari masjid tanah ke Kuala 
dan peringkat terakhir dari kuala ke Kuala Linggi ni
duduk hujung dunia
dah nak buat macam mana
itu la tempat lahirkan....

ok ok ok
nak sambung pasal kat kedai tayar ni
pergi je sorang dokter tayar datang
die kata tayar my kereta da lama
merekah pulak tu
memang da lama pun
seingat aku last tukar tayar belakang ni 
mase tukar sportrim
mase tu lepas lahirkan si aleeya
dalam pantang ni
paksa si husband pergi tukar sportrim
dengan gigihnya die pergi tukar 
agak berpuas hati dengan pilihan beliau
hampir dua tahun kemudian
terpaksa tukar tayar 2 biji
sebab tayar da merekah
masa tu tukar tayar continental 4 biji
terpaksa la tukar tayar falken  2 biji
taruk kat depan
sebab die kate kalo tayar baru taruk depan
so tayar belakang tak pernah tukar sampai la hari ni
da naik kematu kot
ya la bunga die sama je tak haus
dah jadi keras

tadi cina tayar tu kata
ni kene tukar takut meletop
sebab ade crack banyak dan terkikis
macam mana nak cakap ek... 
maybe berlaga batu atau permukaan tajam
yang memotong tayar bahagian sisi
tapi memang amat menggusarkan
so ambil keputusan tukar 1 saje
duit kat tangan tak banyak
tengah duduk terfikir ade duit lagi sekeping 
tambah la lg satu 
maksudnya 2 biji belakang
rancangan nya maybe next week
nak tukar lagi 2 biji
depan memandangkan depan pun bunga da botak
maka kedudukan tayar 
tak ditukarkan
tengah tengah tungguh cine tu kate exzober pulak rosak
ade leaking sebelah
itu semua kene tunggu husband jugak 
ini pun imegency
ingat nak tunggu die balik baru tukar tayar
tak sempat jugak
tengah tukar 
lg satu masalah lain pulak
die kate rim bengkok pulakkkkkk
memang bebetul bengkok daaaaa
terpaksa dibaiki
kene panaskan lepas tu kene ketuk sikit
entah batu ke lubang mana la aku langgar ni
ganas bawak kereta
ini sportrim kedua aku tukar
rim pertama sebab bengkok jugak
ni pun tak tahan lama jugak nampaknya
ni kene tunggu dulu la
sebab aku rasa exzober lagi penting
rim ni untuk bergaye saje.... huhuhu......
selesai semua RM 345.00
dalam tangan ade RM 300 dan terpaksa 
pergi ATM keluarkan lagi ongkosnya
selesai semua sampai rumah dalam pukul 5.30 gitu

sebenarnya tak tau nak cerita kat sape
kat my mom macam xde sambutan
bizi kot dengan nak buat kuih untuk esok
harap en husband call hari ni je
tapi rase macam tak mungkin sebab semalam baru call
tapi die call jugak tadi..... hehehe suka
cerita la semua kat die
semua terbuku da dilepaskan
alhamdulillah.....
(terima kasih sebab call dan dengarn cerita wife awak ni)
tu la die rase exzober tu macam baru tukarje
aku pun rase yang sama
nanti semak balik dalam buku mentainen kereta ni
kalau tak tukar makan tayar pulak

so en hubby kate tunggu dia balik
baru tukar tayar dengan exzober tu
nak tak nak kene la pergi kedai tayar nanti
tukar tayar baru masuk kat depan
ye lama lagi takut tayar baru rosak maa....


21 Disember 2012

Alhamdulillah

Segala yang aku fikir tidak berlaku
aku bersyukur kepada Mu Ya Allah
sesungguh aku berlindung
dibawah rahmat dan keredhaan Mu
Sesungguhnya aku memohon
Kau berikanlah ketenangan
dalam hidup ini
Kau kurniakan lah rezeki dan
kesihatan kepada hamba Mu
Ya Allah...

Aminnnn

salam Jumaat

Assalamualaikum semua warga blogger
salam pagi jumaat yang indah
semoga hari ini menjadi 
lebih baik dari semalam

imej dari google

mari kita berzikir nak


YA MUHAIMIN
Yng Maha Memelihara

Apabila dizikirkan sebanyak 145x
sesudah solat fardu isyak
InsyaAllah fikiran dan hati kita
akan menjadi tenang dan bersih


ALLAH MASIH ADA

biar pun hilang semua
kerana aku yakin
ALLAH sentiasa disisiku
ya itu pasti

20 Disember 2012

pahang

entry ni da nak masuk seminggu da
khas untuk adikku
Marhaini 
yang tak dapat pergi
tapi tak rugi pun tak pergi
 entry ni 
pasal kenduri kawen sedara
di maran pahang
rombongan

suasana dalam bas... agak sempit la sikit...  naik free terima je lah...  tengok abang ngah tu kemain pegang lagi kat atas tu.... takut jatuh....

tapi seronok la dapat tengok tempat orang

budak kecik ni kemain suka lagi naik bas... almaklum la budak sekarang jarang naik bas.... kita je dedulu naik bas merupakan rutin...

kemain gembira

suasana menghijau

gelak sakan mereka.... suara diorang je bole dengar...

hikhik.... suke nye die..

turun bas je nampak taman permainan....

layankan aje

da sampai rumah pengantin

menunggu yang lain lain turun


para pemegang hantaran

kene tunggu pengantin lagi sepasang , adik beradik belah perempuan


ini lah pengantinnya. due due kerja jururawat... kat IJN..

cantik warna die kan


pengantin 



persembahan silat
aleeya bukan main semangat nak tengok persembahan silat
berpeluh2 menunggu
bila dah tamat die menangis pulak
sebab da habis....

buah tangan daripada keluarga pengantin


itu sahaja ceritanya
jauhnya Maran Pahang
4 jam... sampai rumah hampir pukul 7.30 malam
alhamdulillah selamat semuanya
minggu ni belah kami pula
di kg kuala linggi, melaka

CPUV baru Melekat

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
melekat kali ni adalah Digi Triple D




Program DiGi Challenge for Change adalah program terbuka dan inklusif serta pertandingan bagi mencungkil idea-idea menarik dan berdaya maju daripada rakyat Malaysia sebelum dijadikan aplikasi mudah alih yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat, sekali gus membawa rakyat Malaysia bersatu.
Sebagai penganjur, DiGi sedar bahawa sesuatu inovasi itu tidaklah hanya bergantung kepada pembangun aplikasi yang terlatih saja, malah melalui kolaborasi berkumpulan di kalangan masyarakat Malaysia yang boleh mengetengahkan idea-idea yang terbaik.

Hadiahnya sungguh lumayan RM 25,000.00 tapi ikut katogeri la
Untuk Maklumat lebih lanjut
Terjah SINI
semua maklumat, cara cara dan soalan soalan akan terjawab
semoga berjaya
 manalah tau ade rezeki..








19 Disember 2012

tanda rezeki yang berkat

pagi yang mendebarkan

Assalamualaikum....
Selamat pagi
Salam rabu

nak cerita pasal pagi ni
tangki minyak kereta
da kosong dari rumah
semalam ingat boleh
sampai pagi ni
rupanya semalam nak alehkan kereta
sebab orang sebelah rumah
dah pasang khemah
minggu ni ade buat majlis perkahwinan
minyak dah berkelip2
menandakan kereta da haus
haus haus haus haus

mula mula nak isi kat pekan kuala
pekan yang paling terdekat
elok da bayar kat kaunter
bila nozel da masuk
tekan tekan tak ade
pergi kat kaunter
katanya tak ada bekalan elektrik
aduhhhh...
nak tak nak ambil duit balik
nak tunggu elektrik sampai pukul berapa pulak kang
tekat dan tawakal
isi minyak kat masjid tanah
sejauh 19km kot
da dapatkan jarak kat google map ni
seram dalam hati bertawakal dan berdoa
banyak banyak
macam macam fikir dalam hati
last sekali sampai stesen minyak yang paling terdekat
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

*lain kali kalau minyak da tinggal 1 bar sila isi minyak tau..... jangan nak lengah lengah...

18 Disember 2012

Alhamdulillah

Bersyukur kepada Allah
dengan limpah kurnia
dari Yang Maha Kuasa
atas segalanya
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

17 Disember 2012

salam isnin....

semoga hari ini memberi keceriaan pada kita semua
mari sama sama kita memulakan kerja
dengan penuh semangat

hari ni kita cuba berzikir
sama sama


sekiranya ingin doa kita makbul 
dan pendengaran teliga kita tajam
amalkan zikir ini setiap hari mengikut kemampuan
lebih lebih lagi selepas solat dhuha
InsyaAllah doa akan mustajab

14 Disember 2012

milik Allah segalanya

perut kembung dan berangin

pagi semalam makan bihun kari
member ade tanye
"kak, kau pernah makan tak bihun dengan kari ni"
""tak pernah pulak, ni pestime, rase bole tahan la""
rase nya ok je... bole diterima oleh cik tekak
habis pulak tu... lapar agaknya

tengah hari
perut da rasa angin angin gitu
tapi mase kat kedai makan tu
35 minit baru siap
ramai sangat orang makan kat sane
makan bihun sup
habis jugak.. lagi sekali lapar agaknya

petang jamah kuih udang
hasil pembelian kak melor
hajatnya nak bagi kengkawan opis makan
ME le tue.... sory bukan ME sorang je ok...

malam mase kat rumah
memang da tak selesa
masak pun malas
terpaksa masak sesimple je
sebab kami berdue jek yang makan
bihun singapore

malam pulak buat air nescafe halia
dengan harapan dapat mengeluarkan angin
ooohhh tidak sangkaan meleset....

sampai hari ni masih terasa ade angin
tapi da kurang sikit
huhuhu........  

*makan da makan da tapi masih masuk angin... nape ehhh.... perasan tak... lagi pagi sampai malam makan bihun je.... tekak semalan bertema bihun... hehehe...

Wanita


LEMBUT wanita kerana SENYUMNYA


CEKAL wanita kerana BERANINYA


PATUH wanita kerana KESETIAANNYA


SABAR wanita kerana IMANNYA


KASIH wanita kerana BELAIANNYA




LEMAH wanita kerana AIR MATANYA


IKHLAS wanita kerana SIMPATINYA


PENDAM wanita kerana CEMBURUNYA


SAYANG wanita kerana SIFAT KEIBUANNYA






Salam Jumaat

Assalamualaikum....
Salam Jumaat
Semoga hari ini dan yang bakal mendatang
Akan menjadi hari hari yang indah pada kita semua
Semoga diberkati Allah
Dan berada dibawah lindunganNya
Aminnn

13 Disember 2012

Makanan Sihat Untuk Mereka Yang Selsema


selsema selsema selsema
rase kurang selesa macam nak baring je tidokan
ye la cuaca sekarang tak menentu
sekejap panas sekejap hujan

search penye search dapat info ni
tentang 10 jenis makanan yang boleh diambil
semasa selsema menyerang kita (terutamanya saya sekarang ni)
jom bace lagi saya nak kongsi:

1.  Ais krim - mase dulu dulu mak ayah selalu cakap kalau selsema ke demam tak boleh makan ais krim kan atau bende dende sejuk... ade tak orang tua anda cakap macam tu... ke saya punye family saje... hehehehe... ada betul, ada yang tidak.. ok.... ais krim ni rupanya bole melegakan rasa sakit tekak, gatal, bengkak dan kering pada tekak.  Tapi ingat cari ais krim yang berasaskan buah buahan 100%.

2.  Jus Sayur-sayuran -  macam macam jus sayur boleh kita dapat di pasaran.... kalu nak puas hati dan murah, lebih baik buat sendiri di rumahkan... contoh jus salad.


3.  Sup Ayam -  ianya berkhasiat dan menghidratkan.... bukti saintifik menyatakan sup ayam panas dapat meningkatkan keupayaan silium, rerambut kecil pada rongga hidung selain melindungi badan daripada bakteria dan virus.

4.  Bawang Putih -  boleh dimasukkan salam sup ayam tadi.  Mempunyai ciri ciri antimikrob dan imun serta merangsang untuk kelegaan hidung teersumbat.

5.  Halia - Selalu digunakan jika sakit perut, loya dll serta kajian menunjukkan ia boleh membantu melawan keradangan.

6.  Roti Bakar -  Saya tak tau pulak ia boleh membantu dalam melegakan selsema dan boleh dimakan bersama sup ayam.

7.  Pisang - merupakan makanan yang sesuai untuk gejala selsema, loya dan muntah serta cirit birit.

8.  Teh Panas - teh hijau membantu melawan penyakit anti oksida.  bernafas dalam wap terutamanya wap teh boleh membantu melegakan hidung tersumbat.  Campur sesudu madu dan perahan limau untuk melegakan sakit tekak.

Make a Turkey Sandwich
9.  Sandwich Turki -  ayam belanda adalah pilihan terbaik kerana mengandungi protin tanpa lemak.  Walaupun anda tidak menyukai rasanya tetapi makanan ini membantu membekalkan tenaga dalaman dalam badan untuk melawan penyakit.

10. Minuman Gantian Hidangan - Jika selara makan anda telah kembali, cuba minum gantian untuk mendapatkan nutrien dan kalori yang betul.  Cari minuman yang bebas laktosa dengan sekurang kurangnya 6 gram protin dan rendah gula.  Perisa seperti strawberi dan coklat memiliki vitamin, nutrien dan kalori yang lebih banyak.

*lagi pagi sampai petang... ta sempat nak post kan..... kita sama sama kongsi 

Large Scraper

Dengarkan lagi lagu hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...