Leaderboard

30 November 2012

Ada apa dengan hari Jumaat

tak ada ape yang menarik pun
hehehehe
hari tu ada order dengan bos
keropok lekor
dengan keropok keping 
daripada Terengganu
tak sangka sampai hari ni sampai
bole menikmati dihari minggu nanti
satu lagi
buah tangan dari Suhaila rasenye
beg tangan berkat
sempena anaknya bercukur akikah
tetibe je ade atas meja
terima kasih

lagi satu u
nak cube produk baru
kawan yang suggest kan
try je la.....
ade lagi satu 
ni ha
terima kasih semua

* tak sabar nak tukar tahun 2013.... semoga semuanya akan berlalu... amin....

Semoga Allah Menyelamatkan Kita Semua

Ya Allah Ya tuhan kami,
Ampunilah dosa kami
dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin
Ya Allah ampunkanlah dosa kami
Dosa kedua ibu bapa kami
Dosa keluarga kami
Dosa masyarakat kami
dan dosa keseluruhan umat islam
yang telah mati
dan yang masih hidup

Ya Allah Ya Tuhan kami
pohonkan apa yang telah dipohonkan Oleh Rasulullah s.a.w
dan kami meminta perlindungan
dari apa yang pernah di minta perlindungan oleh Rasulullah s.a.w

Ya Allah Ya Tuhan kami
kami pohokan lah syurga tanpa hisab
dan berikanlah kekuatan, taufik
dan hidayah kepada kami kearahnya
selamatkan kami Ya Allah
dari sebab sebab yang membawa
kami ke arah neraka

Lahaula Qhuwata IllaBillah HilAaliyil Aazimm

Ya Allah Ya Tuhan kami
Engkau sahajalah yang mengetahui
kelemahan diri kami zahir dan batin
berilah kekuatan Taufik dan Hidayah kepada kami
supaya kami dapat memperbaiki diri
tambahkanlah Ya Allah kepada kami
dengan ilmu, iman dan amalan kami dalam Islam
dan matikanlah kami dalam Islam

Ya Allah Ya Tuhan kami
kami mohonkan kepada Engkau Iman yang sempurna
Ilmu yang memberi manafaat
Rezeki yang halal
Anak yang soleh dan solehah
rumahtangga yang bahagia
Usia yang berkat
doa yang mustajah hajat yang tertunai
kesihatan yang berterusan
hutang yang terbayar
keselamatan di dunia dan di akhirat

Ya Allah Ya Tuhan kami
Engkau sahajalah yang mengetahui
segalanya yang berlaku dihati kami
sampaikanlah hati ini kepada Engkau
sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami
selamatkanlah hati kami dari sifat yang keji
jauhi kami dari perkara yang mematikan hati kami

Ya Allah Ya Tuhan kami
jadikanlah hati kami hati yang sentiasa
menyedari hakikat Ketuhanan dan Kerajaan Engkau
dan masa depan kami di Akhiratnanti

Ya Allah Ya Tuhan Kami
jadikan hati kami ini
hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat
jadikan lah kami hamba yang sentiasa bersedia
untuk menghadapi masa depan selepas mati

Ya Allah Ya Tuhan kami
hidupkan kami dengan iman
dan matikan kami dalam iman
selamatkan iman kami dari sebarang gangguan syaitan
semasa kami menghembuskan nafas terakhir

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur
jadikanlah kami salah satu taman syurga
selamankanlah kami dari segala azab kubur
dan janganlah Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang neraka

Ya Allah Ya Tuhan kami
selamatkanlah kemi semasa dalam perjalanan menuju mahsyar
selamatkan kami Ya Allah semasa di padang mahsyar
dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang
yang mendapat banyangan naungan Arshy Engkau

Ya Allah Ya Tuhan kami
ampunkanlah dosa kami
dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin
semasa kami dijalankan hisab
hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang sedikit
berikanlah peluang kepada kami untuk mendapatkan
syafaat Nabi kami Nabi Muhammad s.a.w

Ya Allah Ya Tuhan Kami
jadikanlah hamba Mu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini
dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan

Ya Allah Ya Tuhan kami
berikanlah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami Al-Khauthar
selamatkanlah kami semasa menyeberangi Titian Siratulmustaqim

AMIN YA ALLAH...
AMINNN

Jejak Bertapak..

29 November 2012

ajari aku

yang sedang sedang merindu....
dengar lagu ni....

dinyanyikan oleh Anuar Zain

ajari aku untuk bisa
menjadi yang engkau cinta
agar ku bisa memiliki
rasa yang luar biasa
untuk ku dan untuk mu

ku harap engkau mengerti
akan semua yang ku pinta
kerna kau cahaya hidup ku
malam ku untuk terangi
jalan ku yang berliku

hanya engkau yang bisa
hanya engkau yang tahu
hanya engkau yang mengerti
semua ingin ku

ajari aku untuk mencintai mu
ajari aku untuk bisa mencintai mu

mungkin kah semua
akan terjadi pada diri ku

hanya engku yang bisa
mencintaiku
hanya engkau yang bisa
hanya engkau yang tahu
hanya engkau yang mengerti
semua inginku

hanya engkau yang bisa
mencintai ku





antara gambar yang terkandung dalam video lagu ni
cantiknya nora danish


macam sweet je kan gambar diorang ni
macam sesuai je berpasangan
doakan yang terbaik saja



28 November 2012

Siapa di sekeliling saya

tetibe je hari ni rasa nak flash back
tengok gambar gambar lama
lama tak lama la 
mase aleya baby
rindunya dengan detik itu
semoga berkesempatan 
aminnn
nur aleeya maisarah
Nur - Cahaya
Aleeya - Tinggi / Yang Paling mulia
Maisarah - Ketenangan / Nyaman / Kemakmuran / Kekayaan
mase dalam 7 hari
geramnye tengok die.....
masa ni baru nak belajar berpusing
mengamuk ngamuk die
Gambar blurrrr...

rambut tegak macam askar.... hehehe....



akan bersambung..............

*sering berdoa supaya aleeya dapat adik... aminnn.....














nak selsema ke ???

bersin dah berkali kali
suasana sejuk malam ni
oooo tidak nak selsema ke
semoga esok akan sihat seperti biasa

*nak stop da .... hinose nak kuar.... arrggg,... tensi dong...

25 November 2012

I will be with U till the end

Foto
InsyaAllah.....
pernah tengok cartoon ni tak
so sweet... terharu lihat cartoon ni....

Untuk Suami ku
En Azmir Bin Mohamad
terima kasih sebab menyanyangi saya
terima kasih sebab memilih saya menjadi isteri kamu
terima kasih kerana melengkapkan hidup saya
terima kasih untuk segalanya


I LOVE YOU
AND


I'II BE WITH YOU TILL THE END

Mengawal Perasaan marah



Sebagai manusia biasa, ya memang tidak dinafikan kita tidak mampu lari dari perasaan itu.
Kerana perasaan itu telah dikurniakan sebagai ujian untuk kita mengawal perasaan tersebut.
Sekiranya perasaan itu yang menguasai diri kita ianya banyak mendatangkan kesan negatif daripada yang baik.
IMAM SYAFIE ada menegaskan : "Marah adalah satu diantara panah syaitan yang mengandungi racun.  Oleh itu hindari lah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya"

Apabila perasaan marah dibiarkan menguasai, ia akan membakar kebaikan seperti api yang membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu.  Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita.  Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadap kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita hanya manusia hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah dapat menyelamatkan kita dari sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah.  Ia mungkin membawa kesan permusuhan dan balas demdam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah.  ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6.Apabila datang perasaan marah banyakkan beristigfar kerana marah itu datag daripada syaitan.

7. Apabila perasaan marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan perkara di atas hendaklah tidur.  Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat dimana setiap yang datang daripada Allah akan kembali kepada Allah.  Jadi kenapa kita perlu marah?

10.Apabila kita bersalah kita tidak suka orang memarahi kita. begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan. tidak suka dimarahi sebaliknya tegur secra baik.

11.Satu cara lagi apabila marah datang ketika kita sedang berdiri, maka dudk lah.  Jika sedang duduk, bersandarlah... InsyaAllah marah akan mula reda.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasullullah s.a.w bersabda:
"yang bernama perwira bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawan. tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika sedang marah" (sahih muslim)

semogan kkita sama-sama mengawal sifat marah.... walaupun tidak sepenuhnya.... jika kita mengaplikasikan tip-tip dia atas... insyaAllah kita akan menjadi insan yang lebih baik setiap hari dan mungkin juga kita menjadi sukar untuk menjadi seorang yang pemarah... segalanya pasti berlaku dengan izin daripada Allah Yang Maha Esa dan yakinlah kepada Nya..


* macam dalam cerita PRamlee... jangan marah, nanti kene jual haaa.............



21 November 2012

fon call

dapat panggilan dari die
terima kasih sebab call
die kate nampak kite kat tv
ye ke.... eiii tipu la....
siap mention tudung ape baju ape
masuk berita pukul 5
tv berapa tak pasti
tengahari tadi terlibat
untuk penyerahan wang ihsan bencana banjir
sekitar Dun Durian Tunggal
disampaikan isteri ketua menteri melaka
gambar terlupe nak amik...
bizi bizi

*yang tak best nyer die kate kite big... huhuhu.... mintak duit nak beli SDII..... tak kire....

jangan sesekali kita lupa

bersangka

19 November 2012

mana perginya hilang rase itu

sedih..... mengalir air mata ini....
apabila melihat rakyat palestin di tebing Gaza 
terus di hujani peluru dan bom serta peluru berpandu...
mana hilangnya perasaan perikemanusian itu
mengapa harus begitu 
kenapa begitu kejam 
sehingga sanggup menumpahkan darah

Ya Allah besar sungguh dugaan mereka
Ya Allah Kau berilah mereka kekuatan
Untuk menempuh dugaanmu Ya Allah
Kau selamatkan lah mereka yang berjuang ke JalanMU

terbit rasa insaf
kerana kita berada di bumi Malaysia
yang mementingkan keharmonian
serta hormat menghormati

oleh itu, mari kita sama sama mendoakan
semoga bumi palestin bebas
semoga mereka dapat pembalasan yang setimpal
dan kita boikot barangan israil

untuk mengetahui sejarah silam israel dan palastin
KLIK SINI YE

17 November 2012

sweet kan

si isteri hidangkan air dan duduk di sebelah suaminya

suami : sayang, air ni tawar... cuba sayang minum
isteri : ye ke bang? kemudian merasa air dari cawan suaminya
suami :  minum bekas bibir isterinya di cawan itu emmm... baru manis ...◕‿<





* sweetkan..

16 November 2012

mata













amik dari post member sekolah kat facebook

Kenapa kita tutup mata masa tidur??
Kenapa tutup mata masa nangis??
Kenapa tutup mata masa m'bayangkan sesuatu??

Kerana tak semua hal yg indah boleh terlihat oleh mata...
Namun pd saat tertentu,
hal indah itu hanya di rasakan oleh HATI..

btul kan....

*nak pejam mate jap.. tetibe terase rindu pada en. azmir...
*jom pejam mata sekarang...... jangan tido tau...

Jom lah kita



ingin menjadi seperti ini
kuatkan semangat ku ya Allah
Semoga perjalanan dia mencari rezeki
diredhai Allah

14 November 2012

AES


oohhh  .... tak ambil kesah pun pasal AES ni
tapi bila da tengok senarai ni
uhhh noooo terperanjat jugak
sebab rata rata had laju 60km/jam
kene menjadi pemandu berhemad lepas ni

*tak kesah pun sebab dah bertaubat...... dolu dolu bawak keta tak hingat...
lepas excident baru la dpt pengajaran....

Tip hijrah diri

12 November 2012

ahhaakkkkkss.....

kata sepakat dicapai...
sila tambah kerja ok....
terima kasih atas kerja sama anda.....

*tengok jam 1:45 lagi, tertipu aku lagi sekali
tipah tertipu...

yeh!!! cuti sekolah


ucapan ni untuk anak anak buah
kakak ku seorang guru
sedara mara, biras dan kengkawan
yang bergelar guru
semoga memanfaatkan cuti ini
bagi aku kalau cuti
boleh simpan duit
ye ke!!!! mimpi ke!!!
hah hah hah.....
ye la kalau tak berjalan
dan menjalankan aktiviti
yang boleh menjana duit
of course la dapat simpan duit kan
hope enjoy guysss
daaaaa...

* pssttt salah tengok jam sejak jam 1:45 yang lalu daku melihat jam pukul 1.45 ptg... aku tertipu dengan jam yang telah sengal itu, kini pukul 3:30 petang.... orang yang di tunggu tak datang.... cisss...

nasihat untuk diri sendiri



lemau kan

hari isnin yang lemau
puas bercuti
rasa macam tak cukup cuti
tak cukup rehat
sedang menggu seseorang untuk berbincang
harap keputusan dapat dicapai
amin

Rindhuuuu

rindunya nak bukak blog 
sebab cuti 2 hari
blog pun cuti jugak
ade jugak bukak tapi tak sempat nak jalan jalan
tengok update kengkawan
yalah rase macam 
da ada satu group kawan baru di sini
terima kasih kengkawan
yang sudi singgah dan mengomen
terima kasih
terima kasih





sedang mencari lokasi bank muamalat di melaka
selalu lau tapi tak perasan
map-Taman Cheng Baru
ok kalau sempat pergi la hari ni 
kalau tak 2 - 3 hari la nampaknya
tapi akan berusaha untuk ke sana
semoga tercapai impian
untuk merehatkan dan bercuti

09 November 2012

rehat yang panjang

berjalan saja bile rehat panjang ni
sorang sorang pun jadi
hajat hati nak cari sandel
nak cari yang murah murah 
kaki ni ganas pakai kasut
paling lama pakai kasut atau sandel
3 bulan paling cepat dalam sebulan
ade yang mahal pun sebulan jugak umur die
benci..........
baik beli murah je.. puas hati..
tapi yang penting selesa la....
dan tak membingitkan telinga....

last berhenti leno
ade potongan singgah...
beli dua lagi 
untuk mak sekali
sebab sekarang ni pinjam kasut mak
sementara nak beli kasut baru
huhuhu

Shoes & sandal

*esok melaram dengan kasut baru...

08 November 2012

sarapan ape hari ni kawan kawan

Assalamualaikum.....
lapar sungguh rasenya
hari ni bawak bekal nasi lemak
yumyumyum... 
yang kecik tu Aleeya punya
tapi da makan dalam kete tadi
yang lagi satu tu saya punya
hahaha  besarkan.


*agak agaknya apa menu sarapan kawan kawan pagi ni....???

06 November 2012

kita share sesame

ribut RTC


RTC atau pusat trensformasi luar bandar
kini akan dilancarkan di Kampung Kuala Linggi
tak sangka kampung ku ini terpilih
keadaan kat sana pun dah berbeza sekarang
sangat berbangga


sesapa yang free moh le 
datang meramaikan majlis pelancaran RTC Kuala Linggi
pada 10 November 2012
sabtu jam 2 petang


Panas!!!

panas sungguh cuaca hari ni
perrgghhh...
mungkin telah lama tak hujan


sepanjang hari hujan
tapi hari ni matahari menunjukkan taring nya
ape pun 
alhamdulillah
dengan rezeki yang diberi

05 November 2012

lapar

(google pic)

sedang dalam kelaparan
tengah hari tak keluar makan
sebab hujan lebat
buat kerja 
buat kerja
sampai waktu balik 
kemudian 

yum yum yum 

bersama


: )

BR1M 2.0



BR1M 2.0
mana yang tidak sempat mendaftar dan merasai 
wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebelum ini
boleh lah mendaftar secara Online
di laman www.hasil.gov.my bermula 1 Nov 2012
atau boleh datang sendiri di
JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
PEJABAT CAWANGAN DAN PUSAT KHIDMAT LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (lhdnm)


Syarat kelayakan:
BANTUAN RM 500
* berkeluarga
* ketua keluarga
* berpendapatan bawah RM 3,000.00
* isi borang BR1M
* hantar borang bersama salinan kad pengenalan, slip gaji dan slip gaji

BANTUAN RM 250
* individu bujang
* bukan pelajar IPT
* berpendapatan bawah RM 2000.00
* isi borang
* hantar borang bersama salinan kad pengenalan, slip gaji dan slip gaji

Bagi pemohon yang telah memohon dan mendapat bantuan BR1M 1 yang lepas tidak perlu memohon lagi


semalaman

sooo
semalaman bertugas
bilik gerakan
lagi petang sampai malam
my aleeya terpaksa di bawa 

daya sedang berusaha memomen mesen fax
lagi awal berbunyi tapi tak ada masuk pun
lagi tadi tak berani nak bukak
tengok daya yang bangun

ambik gambo sendiri

nila kerja die....
sampai kaki pon bolehhh

usaha menggulung carbon...
last last salah gulung
huhuhu

aleeya punye makanan supaya duduk diam
layan tonton IDOLA

terpaksa menggulung semula

kita suruh die amik gambar mase tengah gulung ni




tamat jam 11 malam
rakan setugas untuk berikutnya datang
apa lagi cabut la
nasib ade en suami yang drive
mengantukkk
terima kasih mr Azmir
sebab setia meneman saya dan anak kamu
nanti saye belanja ehhhh...

Large Scraper

Dengarkan lagi lagu hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...