Leaderboard

31 Oktober 2012

wahhhhh... tahniahhh...




ucapan tahniah kepada semua warga pejabat
kerana berjaya memenangi anugerah inovasi
sekali gus menggondol wang sebanyak RM300ribu
wahhhh......
tak sangka kami berjaya memenangi nya
Alhamdulillah...

30 Oktober 2012

Hon Ku Bisu

alkisahnya
tentang si viva hitam
da bisu pulak
tak keluar bunyi hon nya
da nak dekat hampir seminggu 
tak sempat jugak hantar ke kedai kereta
bila da sampai depan kedai nampak 
banyak sangat kereta masuk pusing balik
lagi pun tak berapa guna sangat
tapi tak bole jugak kan cakap macam tu
kalau masa kecemasan ia amat berguna
contoh nya: baru baru ni di persimpangan tiga
ade sebiji kereta ni ... berangan kot...
main masuk je sempang tanpa menoleh 
ingat die nak berhenti
nasib baik hon ade
terkejut die... dan mengangkat tangan....
hehehhe... maaf diterima sebab 1st minta maaf
konsider mintak maaf la tu kan
2nd tak berdentum....
itu saja nak cerita...
harap hari ni dapat membunyikan hon...
pon pon pon

* en suami kate susah susah amik je hon basikal lame.... kehkehkeh....
tak moooooo.....

27 Oktober 2012

My Name Is Khan


salam aidil adha semua
da lama tak ketuk ketuk keyboard ni
bukak blog bace update kawan
tak ada aidie untuk update blog sendiri
tadi baru lepas tengok filem
MY NAME IS KHAN kat TV3
filem ni ditayang sekitar February 2010
wahh sedeh betul la..
da lama tak layan hindustan
minggu ni 2 kali layan hindustan
kelmarin KHABHI KUSHI KHABHI GHAM
tapi sekarang ni nak cerita pasal KHAN ni
masa starting tak tengok pun tido
dalam pukul 3 lebih terjaga
tengok kak ipar layan hindustan
terpaksa lah layan
best pulak....
tapi kawan kawan semua mesti da tengok kan
sebenarnya memang tak pernah tengok cerita ni
tapi tajuk die memang pernah dengar
lakonan shah rukh khan hero idaman mase zaman remaja purba dulu
kehkehkeh
cerita ni menceritakan bagaimana
orang beragama islam ditindas
sejak peristiwa berdarah 9 September
segala kekejaman tidak terbela...
tapi risvan khan berjaya
mengubah persepsi dunia bahawa
islam adalah agama yang murni
tidak memerlukan keganasan untuk
mendapatkan sesuatu

my name is not Khan, and i'm not terroris too.....

* bile da tengok cerita ni bersemangat untuk melakukan lebih banyak kebaikan.... yehhh...

24 Oktober 2012

MEE

Teringin nak makan mee...
en suami sila la datang cepat
sebab hari ni en suami yang hantar kerja
so pakse datang awal sebab nak pergi site sekali
nak ambil gambar
ari tu da ambil gambar
tapi memori kad kene format
so semua gambar habis
hari ni kene buat jugak....


mee hailam


or



mee hokien


mee goreng mamak

Seni Origami

hari ni saje saje je melayari internet
memandangkan kerja pun hampir berkurangan
nak cari sesuatu yang boleh menenagkan pikiran
mulanya nak cari washable tuala wanita
last last dapt tengok gambar gambar ni
menarikkan
memang kreatif betul la
burung dengan ikan yang banyak banyak tu
perrggg memang superrrp la..











 









18 Oktober 2012

Anak aset ke syurga atau neraka

rehat tadi sempat dengar ceramah Ustaz Don di


tersedar...
ada tak ahli keluarga kita
boleh memandi kan ibu kita
kita sendiri
insaf
ade betulnya apa yang di perkatanya 
masih belum terlambat untuk belajar
ye saya masih ada seorang ibu dan ayah
Ya Allah berikan lah kesempatan
untuk semua ini
mendidik anak sehingga ke syurga
sehingga ke syurga....
nak suh abang, kakak dan aik tegok...
mari kita sama sama share
terima kasih ustaz..



Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Ala... macam scary gitew.... hehehe... hantu ke... yang den faham ala ala menjingkit ... die gunekan hujung kaki tu.... biasenya atlit la jalan macam ni.... sebab nak lari laju....

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, 

mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. 
Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. 
Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros 
atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. 
Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini 
biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Ade ke.... cam tak caye... yela manusia kan macam macam... terima lah seadanya....

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. 

Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, 
suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, 
namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. 
Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Ala ala budak baik giteww....

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. 

Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya 
dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. 
Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. 
Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. 
Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Ala ala macam model... pandang depan je....

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, 

dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. 
Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, 
jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. 
Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. 
Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Ala ala macam model jugak... tapi nak pegi pasar....

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. 

Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. 
Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan.
Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang 
akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Ala ala steady nak pegi keje... 

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. 

Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. 
Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. 
Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. D
ia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah


Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. 

Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. 
Sekian. Wallahualam.

16 Oktober 2012

Detective Conan


sedang mencari pakaian yang sesuai untuk maisarah
untuk majlis convo permata
bulan depan
tema die detective conan
warna tema biru
nak ikutkan konvo Maisarah bukan tahun ni
tapi tahun depan
tahun ni sekadar memeriahkan sahaja


macam nak buat baju sekolah
ala ala jepun tu
comelkan

Detective Conan - detective-conan-images Photo
tahun lepas da buat kimono untuk aleeya


ni baju boy kan

kalo 
perempuan


comel tak
sesuai tak rasenya


watak sonoko untuk maisarah
tapi rambut die macam watak hebara kan


hehehe : belum pikir lagi tapi rasenya nak buat baju sekolah tu .... hehehe

1000 Bayangan

suke bace lirik dan dengar lagu ni
tapi ade mase mase jugak la
mendalam sungguh maknanya


kau masih menduga sehingga kini
andai ku bersenda dengan teka teki
1000 bayangan aku gambarkan
masih lagi kau tak mengerti

sedalamnya lautan tingginya bulan
bisa disentuh dengan pengetahuan
sepahitnya hempedu bisa ditelan
jika itulah penawarnya

inikan pula perasaan
yang lahir dari jiwa
dan kita sama sama rasa
denyut kasihnya

bukan sengaja aku merahsiakan cinta
tapi curiga kau kan tersalah sangka
kerana kita rasa bangga bila dipuja
dan rasa keji bila dihina

kerana kita menolak segala bencana
dan asyik bergembira dengan nikmatNya
sedangkan semua ini adalah takdirNya
dan kita harus bersyukur sentiasa

bukanya teka teki gurauan hati
sekadar melindung kasih yang tersembunyi
bukan mudah mencari kasih abadi
dalam terang ia sembunyi




15 Oktober 2012

kita

Orang yang suka mengungkit kebaikan mereka terutama kepada anak anak telah riak, jangan merasa hebat memberi rezeki pada anak . Kuasa Allah yang memberi kekuatan untuk mencari rezeki. Ibu bapa hanya cara Allah memberi rezeki pada anak anak. Bagi anak anak pula bersyukur pada Allah dan berterima kasih pada ibu bapa

fikir fikir kan tentang diri ni : dr status Prof. Dr. Muhaya


Ramai yang punya banyak duit tetapi masih tidak mencukupi dan ramai yang punya kurang duit tetapi tetap mencukupi.

Kerana yang mencukupkan itu rezeki, bukan duit. FROM STATUS FARAH LEE

Tips Mendidik Anak Nakal dengan Alhamdulillah


Saya terbaca tajuk ni dan nak berkogsi dengan kawan kawan ku

Dalam cerita dia menceritakan tentang pengalaman ibu saudaranya yang mempunyai anak yang ramai, dan kesemua anaknya merupakan anak-anak yang solehdan baik pencapaiannya. Orang kata, semua anaknya menjadi. 
Anak-anaknya dulu ketika kecil nakal juga.

Kata makciknya, tiap kali anaknya buat sesuatu yang menyirapkan darah, dia akan ucap "Alhamdulillah". 
Tak ada marah-marah, tengking dan herdik mengata yang bukan-bukan pada anaknya. 
Setiap kata ibu itu kan doa? 
Sebagai ibu, kawan saya agak skeptikal dengan pendekatan seperti ini. 
"Eiii, takkan la anak dah nakal pun tak tegur, tak pukul? 
Takkan nak biar je anak terus buat salah?". Itu yang terdetik di hatinya. 
Namun, kebelakangan ini, dia mencuba taktik yang sama. 
Tiap kali anaknya buat suatu kesalahan, dia menahan diri dari marah, sambil mengucapkan Alhamdulillah. 
Alhamdulillah, dengan izin Allah, perubahan ketara pada sikap anaknya. 
Sikapnya lebih baik, lebih tenang ibu yang melihatnya.

Pada tiap kali dia mengucapkan Alhamdulillah, si anak akan bertanya, 
"Kenapa mama ucap Alhamdulillah?". 
Dia hairan sendiri kerana dia tahu Alhamdulillah adalah kalimah kesyukuran. 
Takkan mama bersyukur bila dia buat salah? 
Takkan mama tidak memarahinya sebaliknya bersyukur pula? 
Ya, inilah masanya untuk menegur anak!
Apabila anak itu tahu dia salah, patut ditegur, dia akan terima teguran dengan hati terbuka tanpa terluka dengan perkataan negatif. 
Jadi, peranan mama pula nak positifkan setiap perlakuan anak. 
"Mama syukur sebab anak mama tak buat lebih teruk dari itu. 
Anak mama kan anak yang baik. Dengar kata. 
Lagipun, kalau buat macam tu, anak mama pun tahu ianya salah. 
Allah tak suka, mama tak suka, papa tak suka. 
Tapi tadi tak sengajakan? Jadi mama maafkan :)."

Saya tahu bukan mudah mengucapkan Alhamdulillah, bila hati dah terbakar dengan perangai anak yang tak terjangka kan? Tapi, sedikit demi sedikit mempositifkan diri sendiri untuk melihat semuanya dari sudut yang positif, Insyaallah besar ganjarannya.

Tips ini selari dengan tips yang diberikan oleh Prof Muhaya. Kata beliau, penuhkan akaun emosi anak-anak. Sayangi dia, kemudian barulah boleh tegur. Jangan takut walau orang kata, nanti anak pijak kepala. Sedangkan kajian yang sebenarnya menunjukkan, anak-anak yang nakal adalah anak-anak yang miskin dari segi emosinya, kurang kasih sayang, kurang perhatian. 

Selamat mencuba! Selamat mendidik anak-anak yang soleh dan solehah.

11 Oktober 2012

kesibukan melanda

minggu ni minggu sibuk
kerusi ni pun da lemas kene penyek ngan tuan die
office mate pun da menyampah tengok
asik buat keje je
rimas diorang tengok
katenye le.... tak tau la dalam hati kan...
hehehe.......
tapi nak buat macam mana
kene buat jugak
kalo tak macam mane nak setel

05 Oktober 2012

KELAKAR

hari ni punya cerita
konon konon nak bertukar angin
try la pakai baju yang ala ala jubah panjang
nak ayu sikit la konon
baju ni ada 2 lapis 
yang jarang belah luar
lepas tu berbelah pulak tu agak tinggi
lepas tu hari ni
mase on the way dari office ke PERMATA
ade la sorang mamat berbangsa india
tunjuk tunjuk kat bawah
ade ape pulak ni dalam hati la
ade langgar pape ke
lepas tu biar kan lagi
da setel semua masuk office 
lepas tu buat kerja
nak keluar gi site
ade penyerahan bangunan
keluar la naik naik kete je 
da tutup pintu ni
ade public datang cakap
kain terjulur keluar
hahaha....
pikir pikir balik yang pagi tadi tu
mamat india tu cakap pasal ni la
mase kat site pulak sekali lagi
bos pulak tegur siap call lagi mase tu naik kete lain lain
"tau la baju baru, takkan nak tunjuk sampai macam tu"
hahahahaha
lepas tu pergi lagi satu tempat dengan bos gune kerete bos je
kene tegur lagi dengan public
"bang, masuk ni da 3 kali bang" bos mengadu kat orang tu
hahahha... gelak je la.....

happy


last week my lap top telah ter xcident
bangun bangun tido je tengok botol air da senget
senget  tapi tak rebah kat atas lap top
tapi dalam hati tak ade ape ni
wah bajet ok je... sebab bertutup bekas tu
sekali lepas mandi tergerak pulak nak tengok
bila angkat botol tu
tengok ade titik air kat key pad
bila angkat laptop ni
wahhhh banjir
huhuhu   sedih...!!!!
macam macam jadi tahun ni
kereta rosak sebelum raya
excident (lum cerita lagi kat sini - nanti sy bagi tau)
2 -3 minggu lepas
macam macam lagi
yang menguji bendahari pemikir jabatan kewangan kerajaan negeri sendiri
terpaksa melalui berseorangan tanpa en suami
ok ok ok berbalik pasal lap top
mintak tolong kat member tengokkan
2 -3 hari lepas tu member kate dak tak le buat ape
da rosak
member tanya ade warranty tak
aaaa..... nasib baik belum
lagi sebulan lg tu
member tolong telefon kan kat HQ
buat report dah diorang suruh hantar kat bandar terdekat
semalam hantar hari ni da siap...
wow.....
ALHAMDULLILLAH>>>> syukur.....

02 Oktober 2012

Pengajaran Untuk Hari Ini

Segala kerja kita buat
biar lengkap 
tidak menyusahkan orang lain
bersistematik
berikat
hilang kan da susah

tak pe la...
buat 2 kali lebih baik...
malas nak pikir
malas nak kata
malas nak marah
maybe ia salah saya

* *
~

Terima Kasih

terima kasih 
kerana kamu ada di sisi ini
terima kasih 
kerana mengisi kekosongan hati ini
terima kasih 
kerana menyanyangi hati ini
terima kasih 
kerana sering mengingati hati ini
terima kasih 
kerana menghargai hati ini

dengan ini
hati ini dengan ikhlas
dan rela nya
berada disisi kamu
mengisi, menyanyangi kamu
mengingati dan menghargai kamu
untuk mendapat keredhaanNya




*hati berbunga bunga kerana dia ada di sini

01 Oktober 2012

bulan OKTOBER sudah

Stock vector of '2013 coming soon Paper board'
diam tak diam da bulan 10 dah kan
Syukur Alhamdulillah kita masih bernafas lagikan


wahhhh cepat nya masa berlalu
rasa macam baru semalam bulan Januari
hampir nak hujung tahun da
umur pun da semakin meningkat
tahun akan bertambah angka
segala kenangan yang pahit 
sama sama kita tinggalkan
kita ikut arus kehidupan
dan jadikan pedoman
supaya tidak berulang lagi
segala kegembiraan
mari sama sama kita 
sematkan dalam hati
supaya menjadi MAAJUN
supaya menjadi AWEK MUDA
supaya menjadi BOOSTER
supaya menjadi PENGUAT 
"
"
KITA
"
"
gambar tak ada kaitan tapi comel....

*agak agaknya azam kita tahun ni tercapai tak
hurrmmm... saya masih tak tercapai lg.... tak ade rezeki lagi...

Gambar Majlis Perkahwinan adikku










Large Scraper

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...