Leaderboard

24 September 2012

JOM semak Kita



Sebenarnya bukan apa pun cuma memandangkan berat badan ni menampakkan diri yang serba comel.
Jadi kiranya saya nak mengajak kawan-kawan sama sama semak kadar berat ideal kita (BMI).
Ianya Indek Jisim Badan (BMI) ni mempengaruhi kadar kesihatan kita sebenarnya.
Ye la ape tu orang kate kalau lagi berat kita lagi mudah dan cepat untuk mendapat penyakit.
Perkataan PENYAKIT itu amat menyeramkan bagi sesetengah orang kan termasuk diri ini.
Ye la KUN FAYAKUN kalau Allah nak menganugerahkan kita penyakit, berat badan ideal pun tetap dapat penyakit jugak.  Itu semua kerja Allah dia lagi Maha Berkuasa Menentukan.

Lagi satu sebabnya nama saya telah tersenarai dalam Pertandingan Memasak Menu sihat anjuran jabatan.
Pesertanya adalah dikalangan kakitangan yang berpotensi untuk mencapai obesiti.
Sebenarnya saya sendiri telah perasaan dengan keadaan diri.
Tapi sebelum ni, tak silap sebelum raya dalam sebulan sebelum puasa.
Berat memang semakin meningkat.
Arrrhhh... memang agak tension mase tu.
Nak timbang memang agak gerun.
Berat mencapai 67 Kg..... memang berat....
OVERWEIGHT.....
ulang... OVERWEIGHT...
Mana tak nya, pagi sarapan di rumah
sampai office sarapan lagi dengan kawan
tengah hari makan, petang lagi dan kemudian malam
memang melantak lagi
hati senang agaknya

start berdiet mase bulan puasa...
Ye la selain berlumba lumba mendapatkan pahala
cuba jugak mengurangkan berat badan
tak de la diet cuma mengurangkan kadar pengambilan makanan
nampaknya berjaya
kerana semalam terpandang penimbang
di dalam bilik ayah
ape lagi timbang la
63.5 Kg... 2 ke 3 kali jugak la timbang...
macam tak percaya....
alhamdulillah...
turun jugak lah berat badan
tapi saya target 55kg... dapat 58 kg pun ok da...
insyaAllah semoga Allah menguatkan semangat ku..

Cara nak kira BMI
       Berat (KG)        
[Tinggi x Tinggi (M)]

Cara nak kira berat badan Ideal
23 (indeks BMI ideal) x tinggi (M) x Tinggi (M)          @        BMI x M x M = KG

contoh pengiraan : sekiranya ketinggi 1.55meter maka,
                           23 x 1.55 x 1.55 =  55KG

Kalau dari segi ukur lilit pinggang :  Bagi wanita mestilah tidak melebihi 80cm (32 inci)
                                                        Bagi lelaki pula tidak melebihi 88 - 94cm (36-40 inci)

Nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) adalah kaedah penentu untuk mengetahui bentuk badan baik dan ideal bagi setiap orang. Caranya ialah membahagikan ukuran pinggang dengan punggung yang mana bagi wanita, ukurannya mestilah tidak melebihi 0.8 dan 1.0 bagi lelaki. Sekiranya nisbah WHR melebihi tahap ditentukan di atas, bermakna bentuk badan kurang cantik walaupun BMI anda dalam lingkungan normal.


kat bawah ni jadual BMI
kalau nak ikutkan saya punya BMI masih di line kuning lagi



BMI saya 26 kalau boleh 23 ke 24 pun jadi la...
yang penting sihat...






* kawan2 bagaimana.... ???

13 ulasan:

  1. Alamak.. Ros dh terkategori overweight...hahhaah :)

    BalasPadam
  2. ros berat berdua.... nanti slim la balik tu....

    BalasPadam
  3. alamak kene semak gak ni..mn la tau dh naik byk...hehe

    BalasPadam
  4. ayoi kema : naik ke... cam same jek...

    BalasPadam
  5. sebelum peknen mmg ideal, skrg overweight haha

    BalasPadam
  6. bazilah... hehehe memang la... berdua... nanti da kuar sure slim balik...

    BalasPadam
  7. sy pulak underweight..berat 43, tnggi 163..kalau boleh nak gemuk sikit..hee

    BalasPadam
  8. siti farhana; untung la xperlu penat2 nak pikir makanan ape yang patut dan tak patut di makan.... tak pe... janji sihat...

    BalasPadam
  9. dah lama akk x tgk BMI akk
    cuma skrg nie kekalkan berat aje
    walau makan sedap
    tapi seyess kena beringat ;)

    BalasPadam
  10. Amy sikit lagi nak overweight... padah melantak rendang pagi ptg siang mlm hihihi.

    BalasPadam

Terima Kasih Terhadap Ulasan dan Pandangan Anda....
Doakan Aleeya Dapat Adik Ye.......

Large Scraper

Dengarkan lagi lagu hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...