Leaderboard

31 Julai 2012

ape nak buat yekkk



salam ramadhan....
dah hampir 2 minggu tempat parking
kat rumah ni ade titik minyak hitam
tak hitam la kuning2 hitam (campuran)
bila cek minyak hitam kurang 
da sah minyak hitam yang leaking

last month ade leaking
oil filter yang buat hal
bulan ni masalah ni pulak yang datang
uhhhh...... bile antar balik pada cineyang tukar 
minyak itam dengan oil filter die ckp
ni masalah gearbox
huhhhhh.. tension...

semalam try tanya satu mekanik ni
member yang kenalkan la
die kate ape bende nozal da keras
tapi nozal tu kat dalam gearbox
nak tukar benda tu
kene turun enjin
ahhh.... ape tu
macam teruk bunyi nyer
arrrgggg..... kenapa benda ni jadi bile mr zemer tak de
tak tau
mcm mn ni

nak duk diam nak pikir.... pening
jab lagi nak gunakan mr viva untuk pergi kerja dan site

30 Julai 2012

Kurangkan Lalat Hinggap Pada Makanan

Petua Mengurangkan Lalat 
Hinggap Pada Makanan

Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.

Petua Wanita Mempertahankan Diri Dari Penjenayah


Petua Wanita Mempertahankan Diri
Dari Penjenayah

1. Jika anda dipeluk dari belakang, angkat sebelah tangan anda ke atas sambil mengembangkan jejari anda sebesar mungkin agar ukuran lengan anda lebih besar untuk dicengkam.
2. Keluarkan badan anda dari pelukan penjenayah ke arah bawah dengan menunduk melalui lengan penjenayah yang memeluk leher anda.
3. Tatkala anda berjaya keluar, pulas semula lengan anda ke arah pergelangan penjenayah sambil jejari anda menangkap pergelangannya. Kini anda sudah menguasai lengannya.
4. Andainya anda berjaya menguasai tangannya, pulas pergelangan tangannya ke arah bertentangan. Ini akan menyebabkan lengannya terseliuh. Ketika ini anda sudah boleh melarikan diri.


 from Petua Melayu Lama



comel kan









calling calling

tadi dapat call dari mr zemer

terima kasih sebab call saye
hari ini saya memang rindu sangat
nak dengar suare kamu
macam tau tau je kite rindu kamu
note : kengkawan semua mesti boring layan entry yang jiwang je kan..... 

29 Julai 2012

motif band



Hanya dirimu yang ku cinta

Takkan membuat aku jatuh cinta lagi

Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku


Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

http://www.youtube.com/watch?v=o8NGPOgLrL8&feature=player_embedded

rindu

pepagi jenjalan tengok blog-blog kawan kawan
jalan punya jalan
jumpa blog ni 
blog adik fatihah
penuh dengan artis kesayangan die
nice blog adik...
yang best nyer
dengar lagu kat blog die
hari genap 5 hari 
die pergi mencari rezeki
rezeki untuk kami 
Dear suami ku
semoga sihat2 disana
kerja elok2 tau
hati2 mase kerja tau
RINDU....










trus amik lagu ni
biase la mood tengah jiwang

situasi : rindu pada en. suami yang jauh di mata dekat dihati. miss nak gelak2 sesame.
lokasi : dalam bilik nersama miss aleeya yang sedang tido..
mase : 7.00 pagi (2972012)

27 Julai 2012

menjamu mata


hari ni dapat email daripada adik kesayangan

macam tak percaya dek ade kedai 
menghidangkan udang sebesar ini
tak nak taip banyak
lenguh....

aloooooooooooooooorrr
kesilapan teknik mengupload gambar
sory yek
nak upload balik pun tak boleh
email telah dipadam
adeeehhhh
ape pun tak boleh





26 Julai 2012

LIRIK LAGU PELANGI SENJA – STACY

Ku bermimpi engkau kembali
Wajah tenang kau berkata
Sayang aku cinta
Namun kita takkan bersama
Dikau pergi takkan kembali
Sesal ku kecewa
Wahai sang pelangi indah
Muncul seketika sayang tak ku lihat
Kini tiada ohhhh
Ku terjaga
Dari mimpi lena
Sedang pipi di basahi
Tangis ku sendiri
Merintih perasaan ini
Tiada kata mampu di ungkap
Tiada yang mengerti
Wahai sang pelangi indah
Muncul seketika
Sayang tak ku lihat
Kini tiada ohhh
Jika mampu ku kembali
Mengunlangi masa
Pasti ku tunaikan permintaan terakhir
Kini hanya tinggal kenangan
Hanya waktu menentukan
Kita kan bersama

23 Julai 2012

tercabar

pergghh.... tercabar sungguh puasa hari ni...

panas sungguh cuaca....
sungguhhh....
anyaman dan sulaman besi
semoga dipermudahkan
perjalanan kerjaku hari ini...
habiskan kerja untuk hari ini
bagi memberi peluang untuk
bercuti hari esok.....

20 Julai 2012

pertandingan bercerita PERMATA

kira kira dalam dua hari yang lepas 

satu pertandingan bercerita
dianjurkan oleh warga pendidik permata
PUSAT ANAK PERMATA NEGARA ALOR GAJAH
di Perpustakaan Daerah Alor Gajah Melaka
hampir keseluruhan anak anak permata terlibat
apa yang difahamkan oleh cikgu cikgu permata
pertandingan ini bertujuan untuk
memupuk sifat keberanian
antara anak anak ini

bagi aku amat bagus
melatih sifat berani anak anak
agar apabila meningkat dewasa nanti
tak de la gabra semacam jek
macam aku.... huhuhu

PERMATA Negara

gambaran suasana majlis pertandingan bercerita 




suasana meriah

aleeya dan me

ketua pendidik sedang membantu anak supaya bercerita

aleeya bercerita 

Gagak mencari air

mirul dengan anak nye Amirah An Najihah Binti Amirulmutaqin
sedapkan name die

ni mak die buat tau.... cantik sangat.... Cikgu Baiduriah sedang membantu...

ni mama die baru je dapat baby.... pun inang

kasih sumaiyah bersama ibunya
rambut die yang cantik

pertandingan mewarna



aleeya bile mewarna termenung jek
die yang paling last hantar
tapi tak siap jugak

cikgu cerita mase aleeya mula-mula masuk tahun lalu
die sering menggunakan warna hitam jek untuk mewarna
tapi kini die da pandai menggunakan selain dari warna hitam
maksudnya aleeya da seronok dengan dunia baru
bermain dengan kawan dan cikgu
di permata Alor gajah

akhir acara sesi bergambar


aleeya berjaya menggondol tempat kedua
walau pun suaranya tak berapa keluar tapi
semangat dan keberanian die amat membanggakan aku


*Tahniah sayang... tak pe next time tempat pertama pulak kan






Selamat menyambut ramadhan

selamat datang ya ramadhan

semoga sama sama kita mengumpul
markah markah pahala
bulan seribu sujud
bulan seribu pahala
bulan kerahmatan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

19 Julai 2012

Bagaimana mengawal anai-anai di rumah anda

hohoho... kawan-kawan sekalian
hari ni ana nak berkongsi cerita dan maklumat
memandangkan ana kerja 
adalah berkaitan sikit dengan ini semua
so... hari ni nak cerita la sedikit
ehhh... sebanyak kot... tak pun sepanjang...
hehehhe....
mane-mane pergi mesti ade masalah ni
masjid, bangunan surau, sekolah...
anai-anai menyerang bangunan kediaman kita....
bahaya tau... tapi dalam jangka masa yang panjang la...
errrmm..... binatang ni kecik je dan mempunyai populasi yang besar...

artikel ni saye search kat laman ni ...  http://malaysiapest.blogspot.com

Anda boleh memeriksa samada rumah anda diserang anai-anai atau tidak dengan melakukannya sendiri mengunakan dua peralatan asas iaitu lampu suluh dan pemutar skru kecil.
Namun jika anda tidak pasti bagaimana melakukan pemeriksaan mengenal pasti kehadiran anai-anai, anda boleh memanggil syarikat yang manjalankan perniagaan kawalan serangga untuk memeriksa rumah anda dan mendapatkan harga bagi mengawalnya.

Kebiasaannya syarikat perniagaan kawalan serangga akan menjalankan pemeriksaan rumah anda terhadap anai-anai secara percuma sahaja dan seterusnya mereka akan memberikan laporan samada rumah anda selamat dari serangan anai-anai atau tidak. Selanjutnya satu cadangan akan diberikan kepada anda berserta dengan harga untuk mengawal anai-anai di rumah anda.

Terdapat berbagai teknik bagi menghapuskan anai-anai berada di pasaran sekarang. Teknik yang paling biasa diguna pakai sekian lama adalah teknik rawatan tanah dengan menggunakan bahan kimia.

Teknik ini memerlukan lantai sekeliling rumah anda ditebuk sebelum disuntik dengan bahan kimia ke dalamnya bagi merawat tanah yang berada di bawah lantai rumah anda.

Lantai akan ditebuk pada luar dan dalam rumah anda pada sisi dinding. Jarak lubang yang ditebuk dengan dinding adalah sekitar 6 inci dan jarak antara 2 lubang adalah sekitar 18 inci. Bergantung kepada saiz rumah anda jumlah lubang yang akan ditebuk mungkin sebanyak 100 hingga 150 lubang di dalam rumah dan sekitar 100 atau 150 lubang di luar rumah. Jika rumah anda adalah rumah teres yang berada di tengah, hanya bahagian dalam rumah sahaja akan ditebuk.

Prinsip asas dalam menggunakan bahan kimia adalah menghasilkan satu pagar bahan kimia bagi di antara rumah anda dan sarang anai-anai. Pada kebiasaannya anai-anai bersarang di dalam tanah di bawah rumah anda dan ia memasuki rumah melalui celahan atau rekahan yang terdapat pada struktur rumah anda dari bawah.

Oleh itu apabila bahan kimia disuntik melalui lubang yang ditebuk, tanah yang berada dibahagian bawah dan dinding tapak asas rumah anda akan diselaputi oleh bahan kimia yang mampu menghalang anai-anai mamasuki rumah anda.

Terdapat 2 jenis bahan kimia yang biasa digunakan iaitu jenis menghalau dan jenis tidak menghalau anai-anai. Bahan kimia jenis menghalau anai-anai dapat menghalang anai-anai mendekati tanah atau struktur rumah anda yang telah diselaputi bahan kimia tersebut, ini menyebabkan rumah anda selamat dari dimasuki anai-anai tetapi tidak membunuh anai-anai jika dia sempat menukar haluan dari melalui tempat tersebut.

Jika anai-anai terkena bahan kimia jenis menghalau ini, ia akan segera mati oleh bahan tosik yang ada pada bahan kimia tersebut. Di antara bahan kimia aktif jenis menghalau yang berada di pasaran adalah seperti pyrethroid atau chlopyrifos yang menggunakan berbagai jenama.

Jenis bahan kimia yang tidak menghalau pula akan terus disentuh oleh anai-anai yang melalui kawasan yang telah dirawat dengan bahan kimia itu. Bahan tosik yang terdapat dalam bahan kimia itu bertindak secara perlahan membunuh anai-anai. Ini membolehkan anai-anai yang lain terkena bahan kimia itu apabila tersentuh anai-anai yang telah di sepaluti bahan kimia.

Bahan kimia yang tidak menghalau bertindak menghalang anai-anai merosakkan rumah anda dengan membunuh anai-anai yang tersentuh secara perlahan-lahan. Di antara bahan kimia aktif jenis tidak menghalau yang terdapat di pasaran adalah seperti Fipronil atau Imidacloprid, juga di jual dengan berjagai jenama.

Bahan kimia juga digunakan bagi mengawal anai-anai menyerang struktur kayu rumah anda dengan menyembur bahan kimia pada keseluruhan kayu tersebut. Kayu yang telah diselaputi bahan kimia mampu membunuh anai-anai yang menyentuhnya.

Tetapi harus dingat bahawa terdapat teknik rawatan anai secara menyembur bahan kimia pada kawasan serangan anai-anai, ini dinamakan teknik semburan setempat. Sebenarnya teknik ini hanya membunuh anai-anai pada kawasan tersebut sahaja sedangkan terdapat berjuta lagi anai-anai yang sedang merayap secara diam di bawah serta sekitar rumah anda yang tidak anda ketahui.

Setelah sekeliling rumah anda ditebuk dan disuntik dengan bahan kimia, kebiasaannya struktur kayu yang terdapat pada rumah anda terutamanya pada bahagian bumbung di atas siling akan disembur dengan bahan kimia yang sama bagi menghalang serangan anai-anai pada bahagian atas rumah anda yang mungkin datang melalui bumbung rumah jiran anda.

Sebenarnya cara yang lebih menjimatkan adalah dengan melakukan rawatan tanah pada waktu pembinaannya. Keseluruhan tapak rumah anda perlu dirawat dengan bahan kimia sebelum pembinaan dimulakan. Ini merupakan teknik pencegahan yang lebih menyeluruh di mana seluruh tapak rumah anda telah di adakan halangan bahan kimia dari serangan anai-anai.

Namun bahan kimia yang berada di pasaran sekarang tidak dapat bertahan lama. Biasanya ia akan hilang selepas 2 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis bahan kimia yang anda gunakan. Selepas tamat sahaja tempoh jaminan bahan kimia tersebut, rawatan baru perlu dilakukan semula melaui teknik tebukan lubang seperti di atas.

Diantara masalah menggunakan teknik tebukan lubang dan menyuntik bahan kimia adalah kerosakan serta kecacatan bahagian lantai yang telah ditebuk, ini membuatkan sebahagian dari kita tidak menggemari teknik ini.

Bagi mereka yang risaukan rumah mereka rosak ditebuk lubang bagi rawatan anai-anai, kini terdapat satu teknik terbaru yang tidak memerlukan tebukan lubang dan tidak menggunakan cecair bahan kimia yang banyak untuk disuntik ke bawah lantai rumah anda.

Teknik tersebut dinamakan teknik pengumpanan. Kita akan membincangkan teknik pengumpanan pada siri yang akan datang.

Ni harga rawatan die....

*lepas ni bole berkire2 la nak peruntukan duit untuk anai-anai pulak.... kat pondok diserang anai-anai

17 Julai 2012

Jerawat petunjuk kepada kesihatan

memandangkan jerawat asik tumbuh saja

asik-asik tempat yang sama jugak

kite ni risau jugak...

da search search pulak tu

lagi gisau kite....

huhuhu.......

macam mn ni.....




Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.

Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.




Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.

Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.




Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.




Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.




Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.




Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.


* kalu macam ni macam mane aleeyah nak dapat adik ni...... huhuhuhu... risau.....

aduh.... benciii...


ye la... benci ... benci....
saya benci jerawat...
kenapa lah jerawat ni tumbuh....
kat hidung pulak tu....
bebetul tetngah idung
da kene gelak....
ngan kengkawan.....
berbagai spekulasi di taburkan.... 
benci....

tip menghilangkan jerawat
moh kite....

1. Mencuci wajah 2 kali sehari
Yang pertama adalah dengan cara mencuci wajah 2 kali sehari. Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteri penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. Namun ingat..jangan mencuci wajah apalagi menggosok wajah secara berlebihan karena malah akan meningkatkan produksi minyak sobaceous yang dapat menyebabkan masalah kulit pada wajah. Cucilah wajah 2 kali sehari dengan menggunakan sabun yang lembut.
2. Sesuaikan kosmetik dengan jenis kulit anda
Jika kulit anda berminyak maka gunakanlah kosmetik untuk kulit berminyak, jika kosmetik yang anda gunakan tidak sesuai dengan jenis kulit anda..jerawat akan segera mendatangi kulit wajah anda. Jadi berhati-hatilah dalam memilih kosmetik.
3. sekerap mungkin hindari kosmetik yang berminyak.
secara semulajadinya wajah kita akan mengeluarkan minyak, bahkan kulit kering sekalipun. Jadi sebolehnya hindarilah menggunakan kosmetik yang berlebihan karena minyak dan debu akan menjadi media bakteri penyebab jerawat untuk bermukim di wajah kita.
4. Keringkan wajah kita dengan handuk yang bersih setelah cuci muka atau mandi, karana bakteri membiak di tempat yang lembab dan hangat.
5. Minum air putih
Hampir 70% kulit kita terdiri dari air, dengan minum air minimal 2 liter sehari, maka kulit kita akan selalu fit dan sehat.
6. gunakan pelembab kulit
Menggunakan pelembab akan membantu menyehatkan kulit kita, terutama dari kulit kering dan pecah2. Namun pelembab disini bukan bererti pelembab yang berminyak..Kini banyak produk kosmetik yang berasaskan air.
7. selalu pastikan kulit anda bersih sebelum tidur.
Selalu cuci muka anda sebelum tidur agar kulit beregenerasi dengan baik.
8. Sering-seringlah makan sayur dan buah.
sayur2an mengandungi banyak vitamin yang menyehatkan kulit kita. Perbanyaklah makan sayur atau buah, terutama yang mengandungi vitamin E. Dengan kulit yang sehat, maka jerawat akan sukar untuk tumbuh dan berkembang.
9. Tidur yang cukup dan teratur.
Kulit juga sama seperti kita, perlukan masa rehat. Jadi biasakanlah untuk tidur yang cukup dan teratur. Karana saat kita tidur, kulit akan memperbaiki dan membuang racun2 yang berbahaya sehingga saat kita bangun keesokan harinya kulit kita akan kembali segar.
cara menghilangkan jerawat diatas merupakan tips menghilangkan jerawat yang sangat mudah untuk diikuti. Jika anda melakukannya dengan teratur dan disiplin, bukan tidak mungkin jerawat di wajah anda akan berangsur-angsur hilang..dan wajah anda menjadi mulus lagi serta bebas jerawat. Semoga tips menghilangkan jerawat ini bermanfaat bagi anda.

16 Julai 2012

Segunung Kasih

Segunung kasih ni adalag program yang pejabat buat
antara intipati dan tujuan die untuk membantu golongan susah
biasenya rumah rumah yang memerlukan pembaikan 
dan memerlukan pembersihan di sekitar nya
mase ni semua kaki tangan akan turun padang
termasuk en. bos sekali
aktivit gotong royong ni 
akan dibuat pada waktu pagi
belah petang pulak 
acara berbasikal oleh orang kuat
dan VVIP dan kemuncaknya
penyampaian sumbangan

sebenarnya kali ni adalah kali yang ke tiga
yang pertama kami buat di sekitar office
yang kali kedua jauh dari offc
iaitu di pantai tanjung bidara
untuk kali ni di kg belimbing dalam
durian tunggal

gambarnyer belum sempat upload

11 Julai 2012

poplook

jom cuci mata
cantik woooo
pilih jangan tak pilih...
klik kat sini

Tamara Maxi Dress - Pink  Tamara Maxi Dress - Pink   Nadine Maxi Dress - Grey Dots  Nadine Maxi Dress - Grey Dots

Flow Maxi Dress - PurpleFlow Maxi Dress - Purple

Tari Block Maxi Dress - YellowTari Block Maxi Dress - Yellow

Penny Chiffon Maxi Dress - NavyPenny Chiffon Maxi Dress - Navy

Large Scraper

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...